Memang gentle.. hahaha
Pages
▼
Friday, 9 December 2011
Friday, 28 October 2011
Seni Anamorphic - Lukisan 3D Yang Auuwsem (11 Gambar)
Anamorphosis adalah lukisan perspektif yang memerlukan penonton untuk menggunakan alat khas atau melihat dari sudut yang khusus untuk melihat imej yang terbentuk.
Wednesday, 19 October 2011
Penyamaran Haiwan Yang Cemerlang (14 Gambar)
Salah satu dari teknik haiwan untuk terus hidup dalam dunia pancaroba ini iaitu Penyamaran. Bukan setakat sesumpah je boleh nyamar dengan tukar2 warna, haiwan lain pun boleh. jom ushaa.
Friday, 23 September 2011
Kemalangan : Maut Terbabas Masuk Longkang
23 September 2011
Jalan Serendah - Sg Choh
Jam 7.50 pagi sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja, aku terperasan ada pakcik berhenti tengah tepi jalan dan menjengok dalam longkang. Aku pun dengan rasa ingin tahu yang membuak2 pun berhenti juga dan ini apa yang aku tengok..
Kejadian di percayai berlaku mungkin subuh tadi di mana keadaan masa tu masih gelap.
Wednesday, 21 September 2011
Kapal Korek Memanjat (4 Gambar)
Rasa macam demonstrasi mempromosi produk baru.. kapal korek memanjat, ia sesuai di gunakan untuk memanjat bangunan dan mendaki gunung.haha
Thursday, 15 September 2011
Wednesday, 14 September 2011
BBQ Terbesar Dunia (8 Gambar)
12 metrik tan daging lembu di BBQ. Itulah yang di lakukan oleh tukang masak dari Uruguay sekali gus memecahkan rekod dunia sebelum ini. Sebanyak 1252 sukarelawan di perlukan untuk menguruskan BBQ sepanjang 1500 meter. 20,000 pengunjung yang kelaparan menyerbu tapak BBQ untuk menikmati hidangan percuma ini.
Monday, 12 September 2011
7-Eleven Ada Pesaing Terbaru
Semalam aku pergi ke rumah terbuka kawan baik aku di Kg Laksaman, Selayang. Masa dalam perjalanan tu ternampak la aku satu kedai ni.. cuma selang 5 kedai.
7-E tu sedia maklum asalnya kedai di buka pada 7 pagi hingga 11 malam.
Yang Bismillah Eleven ni mungkin 11 pekerja, mungkin 11 anak, mungkin 11 rumah. Andaian aku sahaja.
Thursday, 8 September 2011
Saleem Iklim Versi Bangladesh - (2 Video)
Hanya bekerja sebagai pencuci di Hotel Concorde Shah Alam tapi bangla ni punya suara macam Saleem. Sedap pulak aku dengornye boleh kalah Max24.7 kalo camni. Sebau-bau kari bangla ni ada jugak yang sedap nyanyi.
kredit video pada : gori33
Wednesday, 7 September 2011
Apa Itu YKK Pada Zip Seluar Anda?
YKK bermaksud Yoshida Kogyo Kabushikikaisha ( mak oiii bergulung lidah ). Pada tahun 1934 Tadao Yoshida telah mengasaskan Yoshida Industries Limited (YKK) dan sekarang syarikat ini adalah pembuat zip terbesar dunia. 90% zip kat dunia ni adalah buatan YKK di 206 kilang dan 52 negara.
![]() |
Tadao Yoshida |
YKK bukan sahaja buat zip tapi juga mencipta mesin pembuat zip. Kilang terbesarnya terletak di Georgia, USA. YKK juga menceburi bidang pertanian dan pembuatan.
p/s : Masa nak zip seluar tu ingat2 la YKK ni tapi jangan sampai tersepit sudah la..pedih wooo..
sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/YKK_Group
Monday, 5 September 2011
Friday, 2 September 2011
Monday, 29 August 2011
Wordless Aidilfitri
Tak meriah rasanya raya tanpa benda2 kat atas tu...
Lokasi : Kg aku ler FELCRA Seberang Perak, Kg Gajah, Perak
Facebook Memperkenalkan 7 Ciri Baru (9 Gambar)
Mukabuku telah memperkenalkan beberapa perubahan pada privacy control supaya memudahkan penggunanya. Antaranya :-
Content Tag Review
Sebelum ni sapa2 pun boleh tag gambar tanpa kebenaran pemilik akaun FB. Sekarang pemilik FB boleh approve atau tidak.
Inline Sharing Control
Anda boleh pilih siapa yang boleh lihat status anda sebelum anda post.
Wednesday, 24 August 2011
Tuesday, 23 August 2011
Binaan Kubur Yang Tak Kool (10 Gambar)
Mujur le kat Malaysia ni batu nisan dia semua sama. Jirat cina tu lain la..lagi kaya lagi gempak kuburnya tapi gambar kat bawah ni dah cam hareeemm aku tgk..siap BMW bagai..haha
Sunday, 21 August 2011
Beg Tidur Pelik ( 8 Gambar)
Kat Malaysia ni jarang orang pakai beg tidur ni melainkan pergi mengembara di hutan. Tapi tapi aku nak tunjuk beg tidur yang aneh, misteri, haram jadah, gila babi..layan
Beg Tidur Raja Tut Mumia
Botol Wangian Kreatif (5 Gambar)
Anda pencinta alam semulajadi tapi hanya guna bedak Dashing sebagai haruman anda? atau pun anda tidak pernah memakai perfume? itu lah sebab bau badan anda seperti tapir. Igor Mitin pereka dari Kazakhtan ini telah mereka 3 botol wangian berasakan elemen semulajadi dan ia seolah membawa anda ke hutan hujan tropika apabila di sembur. Ia di cipta untuk syarikat Zen Perfumes.
Bentuknya saja dah mengiurkan mata memandang.. apa lagi bergayalah tatkala Aidilfitri menjelang tiba. Jangan biarkan bau hamis menyelubungi diri anda.
Saturday, 20 August 2011
Iklan Menggunakan 3000 penutup botol (Video)
Iklan menggunakan bayang pada papan iklan ini menggunakan 3000 penutup botol bir Newcastle. Ia hanya berkesan pada waktu malam apabila lampu di halakan ke penutup botol yang di susun membentuk bayang manusia seolah2 ingin mengambil bir tersebut. Di bina oleh syarikat pengiklanan Vitro, USA dan iklan ini terletak di San Diego sehingga 31 Sep 2011.
Lihat video di bawah ini cara mereka membina iklan tersebut.. ini memang kreatif.
sumber : www.bonjourlife.com
Friday, 19 August 2011
Thursday, 18 August 2011
Trak Terbaru Dari Chevrolet
'Rekaan' trak ni memang hebat..memenuhi citarasa pemandu trak dunia. Sambil menghirup udara segar , anda juga boleh di timpa hujan tanpa rasa ragu lagi. Syabas Chevrolet