Sunday 10 July 2011

Republik Sudan Selatan - Negara Terbaharu


Pada 9 Julai 2011 lahirlah sebuah negara terbaharu di dunia iaitu Republik Sudan Selatan. Merupakan negara yang ke 193 di iktiraf oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan Juba sebagai ibu negaranya. Presiden pertama adalah Salva Kiir Mayardit.

Presiden Pertama Sudan Selatan

Sebelum mencapai kemerdekaan dari Sudan, Sudan Selatan telah 50 tahun bergelut dengan perang saudara dengan pihak utara yang memakan korban hampir 2 juta jiwa. Setelah berperang begitu lama akhirnya referendum kemerdekaan di buat pada Januari 2011 dan 99% penduduk Sudan Selatan bersetuju untuk merdeka.

Kesan perang saudara yang panjang menyebabkan negara yang berpenduduk 8 juta orang itu perlu membina semula negara mereka bermula dari kosong dan menjadikan Sudan Selatan antara negara paling miskin di dunia.

3/4 telaga minyak Sudan datang dari selatan dan segala hasil buminya di kaut oleh pemerintah utara menyebabkan punca berlakunya perang saudara. Setelah merdeka aku harap hasil bumi mereka dapat di agihkan sama rata pada penduduknya serta dapat memajukan Sudan Selatan.
Rakyat Sudan Selatan meraikan kemeredekaan.
Sehingga 9 Julai sebanyak 26 negara telah mengiktiraf Sudan Selatan.

sumber : wikipedia

No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...