Showing posts with label SUKAN. Show all posts
Showing posts with label SUKAN. Show all posts

Saturday, 30 July 2011

Edisi Piala Dunia : Contohi Semangat Ultras Malaya

Aku tak nak cerita pasal bola hari tu antara Malaysia vs Singapore. Semua orang dah tau keputusannya dan lakonan mantap pemain Singa'phui'ra. Mujur la sempat beli tiket, aku n lipan ( pereka grafik gobblog) pun pantas ke stadium.

Kali ni aku nak cerita Ultras Malaya  sebelum masuk stadium dan di dalam stadium. Sape Ultras ni? Alah kira macam penyokong fanatik la, x kira menang atau kalah mereka akan tetap menyokong Harimau Malaya. Mereka duduk di bucu kiri pintu gol. Ramai2 sorak tanpa henti sampai habis perlawanan.

Jam 4.30 petang suasana di luar stadium, mcm pasar malam.


Read More ->>

Tuesday, 26 July 2011

Edisi Bola : Kaunter Tiket Roboh!

Lokasi : Kaunter Tiket Stadium MBPJ, Petaling Jaya
Masa : 12.30pm

Disebabkan pejabat aku bersebelahan dengan Stadium MBPJ ni, maka dapat la aku beli tiket bola Malaysia vs Singapura awal-awal. Walaupun jualan baru mula hari ini pukul 9am, aku perasan orang tak putus2 beratur beli tiket. Takde la sampai roboh pun kaunter tu. Saje gebang je hahaha. Aku rasa stadium akan penuh macam final AFF 2010 dulu.


nampak je sikit. tiap2 sorang beli 10 tiket tu.



ohohohoho...

Orang tak ramai lagi waktu ni sebab waktu kerja. Mungkin lepas waktu pejabat kaunter tiket akan di serbu.
Jualan tiket secara online juga telah terjual sebanyak 10,000 keping.


Read More ->>

Friday, 22 July 2011

Edisi Bola! : Malaysia vs Chelsea 1-0 (Video)

Jelajah EPL kali ini aku bertuah dapat pergi ke stadium menonton Malaysia U23 vs Chelsea. Aku pergi ke stadium kerana skuad Harimau Malaya. Tanah Tumpahnya Darahku.

 Terima kasih pada bini aku yang dapat tiket ni percuma dari Maybank lantas aku segera mengajak kawan aku Paie dan Ijan. Tanpa sebarang perancangan dan dapat tiket ni pun mengejut maka hasilnya..
 kesesakan teruk..bertolak pukul 6 petang sampai ke bangku stadium jam 9.15 malam. Perlawanan sudah berlangsung 30 minit.

Read More ->>

Tuesday, 19 July 2011

Penalti Yang Merapu (Video)




Emiriah Arab Bersatu (UAE) menewaskan Lebanon 6-2 dalam perlawanan persahabatan pada 18 Julai 2011. Mungkin ingin melakukan perkara yang menarik dan lain dari yang lain pemain UAE ini Awana Diab melakukan sepakan penalti dengan cara yang tak masuk akal dan ianya berjaya.

Caranya dengan menyepak membelakangkan penjaga gol lawan dan menggunakan 'backheel' .

Pengurus UAE Srecko Katanec ternyata tidak gembira dengan 'kreativiti' Diab dan segera mengeluarkan pemain tersebut di ganti dengan pemain lain. Selepas perlawanan Katanec menegaskan Diab akan di kenakan tindakan disiplin atas tindakannya itu.

Pada aku la rasa macam mempermainkan seni sepakan penalti itu sendiri. Bajet nak nama la..wak lu. haha

Sumber : yahoo.com
Terinspirasi dari : http://akustressgiler.blogspot.com
Read More ->>

Edisi Bola! : Chelsea Mendarat Di Malaysia

21 Julai  2011


Selepas kunjungan Arsenal dan Liverpool kini giliran Chelsea pula mendarat di Malaysia jam 1 petang (18 Julai) dalam siri jelajah Asia 2011. Kesemua pemain utama Chelsea hadir dalam 13 jam perjalanan dari UK kecuali  Ramires dan David Luis yang mempunyai tugasan Copa America.

Ini adalah senarai skuad bimbingan Andre Villas-Boas :-



Tanpa membuang masa pada petangnya pasukan Chelsea terus mengadakan latihan pengenalan pada media tempatan di Stadium Shah Alam. Walaubagaimanapun perlawanan sebenar di adakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 21 Julai ini.

sumber : chelseafc.com
Read More ->>

Saturday, 16 July 2011

Edisi Bola! : Malaysia vs Liverpool 3-6 (Video Semua Gol)

3 - 6



Gol Pertama       Charlie Adam 27' (pen) - Liverpool
Gol Kedua          Syafiq Rahim 43' - Malaysia
Gol Ketiga          David Ngog 68' - Liverpool
Gol Keempat      Maxi Rodriques 75' - Liverpool
Gol Kelima          Safee Sali 79' - Malaysia
Gol Keenam        David Ngog 80' - Liverpool
Gol Ketujuh        Safee Sali 82' - Malaysia
Gol Kelapan       Maxi Rodriques - 90'+1 - Liverpool
Gol Kesembilan  Kuyt 90'+4 - Liverpool


kredit video : sokernet dan vivagoals dan p2k41
Read More ->>

Friday, 15 July 2011

Edisi Bola : Apabila Penyokong MU di Ejek Oleh Penyokong Liverpool Di Bukit Jalil (Video)


Perseteruan antara Liverpool dan M.United di England terbawa-bawa hingga ke Malaysia apabila seorang penyokong MU di ejek kerana berada di kelompok penyokong Liverpool pada sesi latihan Liverpool di Stadium Bukit Jalil malam tadi.

Penyokong MU tersebut di paksa membuka jersi MU nya dan di ganti dengan jersi Liverpool. Berpegang teguh pada prinsip setia pada yang satu, penyokong MU tersebut rela tidak berbaju dari memakai baju musuh tradisi MU yakni Liverpool.


Ni salah seorang komen di Youtube tentang kejadian di atas

Yang pergi masuk pakai baju MU tu ape kejadahnya..kan dah kena. hahaha


(UPDATE)

Kisah keberanian penyokong MU tersebut telah mendapat perhatian Wayne Rooney penggempur MU dengan membalas keberanian pemuda tersebut dengan menggelarnya lagenda. Berikut adalah twitter Rooney :-

Ada hikmah di sebalik kejadian

kredit video : lioedexing
Read More ->>

Thursday, 14 July 2011

Edisi Bola - Kenny Dalglish Pulang Awal



Pengurus Liverpool Kenny Dalglish akan memendekkan lawatan ke Malaysia dan kembali ke England pada hari Khamis (hari ini) kerana untuk memuktamadkan pembelian pemain baru Stewart Downing dari Aston Vila. Perlawanan antara pasukan kebangsaan Malaysia dan Liverpool akan berlangsung pada 16 Julai 2011. Ini adalah lawatan kali pertama Liverpool di Malaysia

Downing menjadi sasaran utama Dalglish kerana Liverpool mempunyai masalah di bahagian sayap kiri. Pemain kebangsaan England itu akan menjalani pemeriksaan kesihatan di Merseyside. Di fahamkan Dalglish membelanjakan 20juta pound untuk mendapatkan Downing.

Downing menjadi pemain ketiga yang berhijrah ke Liverpool selepas Charlie Adams (Blackpool) dan Jordan Henderson (Sunderland). -AFP-

Read More ->>

Monday, 20 June 2011

Jersi Arsenal Musim 2011-2012 (Home)

Jersi Arsenal musim 2011-2012 ni lain skit sempena dengan penubuhan kelab Arsenal 125 tahun pada 1886. Pada sebelah kiri logo tu 15 helai daun pokok laurel  membawa maksud 15 orang membayar 6 pence untuk menubuhkan kelab Arsenal juga daun laurel tu membawa maksud kekuatan.

15 helai daun pokok oak sebelah kanan membawa maksud pengasas kelab Arsenal menubuhkan kelab di pub Royal Oak. Di bawah logo tertulis motto 'Forward' di kaitkan pertarungan dan persenjataan untuk merobek gawang musuh.


Read More ->>

Jersi Liverpool Musim 2011-2012 (3rd jersi/away)

Ni Liverpool

JERSI KETIGA
Read More ->>

Jersi Chelsea Musim 2011-2012 (Home/Away)

Ni plak Chelsea..

HOME
Read More ->>

Jersi Manchester United Musim 2011-2012 (Home)

Ini adalah jersi home yang akan di gunakan kelab tersohor dari England Manchester United pada musim 2011-2012 kelak. Nampak macam sama dengan musim lepas.


Read More ->>

Thursday, 28 April 2011

Koleksi Video Skill Lionel Messi

Salam, pagi tadi Lionel Messi menjaringkan 2 gol ke atas musuh tradisi Barcelona, Real Madrid dalam Liga Juara-juara kat Santiago Bernabeu.  Mari kita layan video ni


Highlight perlawanan pagi tadi

Koleksi skil Lionel Messi
Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...