Ordos di Inner Mongolia adalah salah satu wilayah terkaya di China kerana mempunyai simpanan arang batu dan gas asli yang besar. Maka dengan itu pemerintah China telah merancang untuk membina bandar moden dengan kapasiti penduduk 1 juta orang terletak di Kangbashi, Ordos. Dalam masa 5 tahun bandar tersebut telah siap sepenuhnya dan cuma satu sahaja kekurangan bandar tersebut - manusia.
Kangbashi sekarang di kenali sebagai bandar hantu selepas di lancarkan pada 2004 dan siap 5 tahun selepas itu. Pemerintah China membelanjakan USD2.6 bilion membina bandar yang lengkap bangunan kerajaan, pencakar langit, muziun, perpustakaan, bangunan teater, dataran dan tugu. Antara penyebab ketiadaan manusia di bandar ini adalah kekurangan sekolah, hospital, teksi dan talian internet.
Apa yang perlu di katakan pemerintah perlulah merancang sedalam-dalamnya sebelum membuat satu projek yang berskala besar. Mengambil kira keperluan manusia yang serba moden di zaman ini. Bandar Kangbashi merupakan bandar yang moden dan cantik tapi pada masa yang sama ia tidak berpenghuni.
kalau tak nak duduk anugerahkan kat aku pun ok jer...
ReplyDeletebodoh ni namanya ! #terkasar
ReplyDelete