Thursday 16 June 2011

10 Kisah Kebetulan Yang Aneh - Bab 2


1. Pada abad 19, penulis cerita seram terkenal, Egdar Allan Poe, menulis sebuah buku berjudul ‘The narrative of Arthur Gordon Pym’. Buku itu mengisahkan empat orang yang terselamat dari kecelakaan di laut, mereka berada di kapal di laut terbuka berhari-hari sebelum akhirnya mereka memutuskan untuk membunuh dan memakan petugas kabin yang bernama Richard Parker.

Beberapa tahun kemudian, pada tahun 1884, sebuah kapal Mignonette tenggelam. Yang selamat hanya 4 orang yang berada di kapal kecil berhari-hari. Kemudian diketahui, anggota kru yang lebih senior, membunuh dan memakan petugas kabin. Nama petugas kabin itu Richard Parker.

2. Pada tahun 2002, dua saudara kembar berumur 70 tahun mati dalam waktu yang sama di jalan yang sama tapi dalam kemalangan yang berbeza di Finland. Abang kembarnya mati di langgar lori ketika ia menunggang basikalnya di Raahe, 600 kilometer dari Helsinki. Ia mati hanya 1.5 km dari tempat di mana adiknya dibunuh. Polis peronda Marja-Leena Huhtala ketika diwawancara Reuters mengatakan “Aku jadi menggeletar apabila saya tahu mereka itu saudara kembar. ” 

3. Joseph Aigner adalah seorang pelukis potret pada abad 19 di Austria yang seperti tidak bahagia dengan hidupnya. Ia beberapa kali cuba membunuh diri. Pertama kali ketika berusia 18 tahun ia mencuba gantung diri tetapi ditegah oleh kehadiran seorang rahib Capuchin yang misteri.

Waktu berusia 22 tahun ia mencuba gantung diri lagi  tetapi ia sekali lagi diselamatkan oleh rahib yang sama. 8 tahun kemudian, ia dihukum gantung kerana kegiatan politiknya. Sekali lagi hidupnya diselamatkan oleh campurtangan rahib yang sama. Pada usia 68, Aiger akhirnya berjaya membunuh diri kali ini menggunakan pistol.

Upacara pengkebumiannya diketuai oleh rahib Capuchin yang sama – seorang pemuda yang Aigner tak pernah tahu namanya. 


4. Pada tahun 1858, Robert Fallon ditembak mati oleh rakan-rakan sepermainan pokernya.
Fallon menurut mereka, telah memenangi $600 dengan cara kotor. Setelah tempat Fallon kosong dan tak ada satu pemain pun yang bersedia mengambil wang $600 yang penuh sial itu, mereka kemudian menemui pemain baru untuk menggantikan tempat Fallon dan memberikannya wang orang mati $600 tersebut untuk dipertaruhkan.

Saat polis tiba untuk menyiasat pembunuhan tersebut, pemain baru itu telah melipatgandakan wang $600 menjadi $2,200.Polis meminta agar $600 yang di menangi oleh Fallon diberikan kepada keturunan Fallon – dan sebenarnya pemain baru tersebut adalah anak Fallon, yang sudah tak pernah bertemu dengan ayahnya selama 7 tahun!.

5. Ketika Norman Mailer mula menulis novelnya Barbary Shore, ia tak merancang untuk menggunakan perisik Rusia sebagai watak dalam novelnya. Namun sejak mula ia menulis, ia mulai memperkenalkan perisik Rusia sebagai karakter kecil. Semakin ia menulis, perisik tersebut menjadi watak yang dominan. Setelah novelnya selesai, Jabatan Imigresen US menahan seorang pemuda yang tinggal satu tingkat di atas Mailer di apartmen yang sama.

Ia adalah Colonel Rudolf Abel, yang disyaki sebagai perisik Rusia kelas atasan yang bekerja di U.S. ketika itu.


6. Pada tahun 1920, tiga orang pemuda British mengembara menggunakan kereta melalui Peru.
Ketika mereka berkenalan, hanya ada mereka di ruangan tersebut. Perkenalan mereka tak pernah mereka bayangkan sebelum ini.Pemuda pertama nama akhirnya Bingham dan pemuda kedua nama akhirnya Powell. Pemuda yang ketiga  bernama Bingham Powell.

Mereka bertiga tidak pernah berhubungan sama sekali.

7. Pada tahun 1975, ketika sedang menunggang motorsikal di Bermuda, seorang pemuda tak sengaja di langgar mati oleh sebuah teksi.Setahun kemudian, abang lelaki dari pemuda ini mati dengan cara yang sama. Bahkan, ia menunggang motorsikal yang sama.

Tak hanya itu sahaja ia juga dilanggar oleh pemandu teksi yang sama, bahkan teksi itu sedang membawa penumpang yang sama!


8. Tahun 1950 di kota Nebraska 15 orang anggota koir seharusnya berkumpul di gereja pada jam 7.20, dalam hidup mereka, mereka jarang sekali terlambat, bahkan hampir tidak pernah tapi mereka semua datang terlambat pada hari itu kerana pelbagai alasan, tiba-tiba saja pada jam 7.25, gereja itu hancur dilanggar oleh pesawat. 15 orang itu terselamat secara kebetulan.

9. Tahun 1976 seorang bayi jatuh dari tingkat 14 dan jatuh tepat dalam pelukan seorang pemuda British yang bernama Joseph Figlock, setahun kemudian seorang bayi kembali jatuh dari tingkat yang sama dan juga diselamatkan oleh Joseph Figlock

10. Seorang wanita Belanda menjumpai cincinnya sendiri yang telah lama hilang dalam kentang yang hendak di makan, berkemungkinan cincin tersebut jatuh ke ladang kentang milik ayahnya dan akhirnya berada dalam kentang tersebut.


Bab 1 --> Klik Sini

No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...