Tuesday, 14 June 2011

10 Kisah Kebetulan Yang aneh - Bab 1



1. Pada tahun 1979, majalah Jerman - Das Besteran – mengadakan pertandingan mengarang.
Para penulis harus mengirimkan cerita yang luarbiasa tapi harus berdasarkan kisah sebenar.
Pemenangnya, Walter Kellner dari Munich dan ceritanya itu di muatkan dalam majalah. Begini ceritanya :-

Ia menulis tentang saat ia menerbangkan pesawat Cessna 421 antara Sardinia dan Sicily. Ketika pesawatnya terbang di lautan ia mempunyai masalah dan mendarat di atas air, akhirnya ia terapung-apung dengan pelampung kecemasan dengan cukup lama dan di selamatkan juga akhirnya.

Cerita ini secara tak sengaja dibaca oleh seorang warga Austria yang namanya juga Walter Kellner, yang menuduh si Kellner dari Jerman telah mencuri ceritanya. Kellner dari Austria mengatakan bahawa ia menerbangkan pesawat Cessna 421 melintasi laut yang sama, mengalami masalah enjin, dan akhirnya mendarat di Sardinia. Jadi jalan cerita yang sama, tapi dengan pengakhiran yang berbeza.

Majalah tersebut menyiasat kebenaran cerita mereka berdua dan ternyata kisah mereka berdua adalah benar.


2. Pada 28 Julai 1900, Raja Italia Umberto I makan malam di sebuah restoran di kota Monza. Ternyata si pemilik restoran wajahnya mirip dengan raja. Nama pemilik restoran itu juga Umberto, dan nama isterinya juga sama dengan nama ratu, bahkan restoran itu dibuka pada tarikh yang sama dengan pelantikan raja.Si pemilik restoran Umberto mati tertembak keesokan harinya dan Raja Umberto juga mati pada hari yang sama.

3. Claude Volbonne membunuh Baron Rodemire de Tarazone dari Perancis pada tahun 1872. 21 tahun sebelumnya, ayah Baron telah dibunuh juga oleh orang yang lain yang juga bernama Claude Volbonne

4. Pada 13 February 1746, seorang Perancis, Jean Marie Dubarry, di hukum bunuh kerana telah membunuh ayahnya. Tepat 100 tahun kemudian, pada 13 Februari 1846, seorang Perancis juga yang juga bernama Jean Marie Dubarry di hukum bunuh kerana membunuh ayahnya.

5. Pada 26 November 1911, tiga orang pemuda dihukum gantung di Greenberry Hill di London setelah terbukti bersalah atas pembunuhan Sir Edmund Berry. Nama mereka bertiga adalah Green, Berry dan Hill.

6. Aktor asal British Anthony Hopkins begitu gembira keran berjaya mendapatkan watak utama dalam filem yang berdasarkan sebuah buku berjudul The Girl From Petrovka yang ditulis George Feifer. Beberapa hari setelah menandatangani kontrak, Hopkins pergi ke London untuk membeli buku tersebut. Ia mencuba mencari buku tersebut di beberapa kedai buku tetapi tidak ada yang menjualnya. Ketika menunggu kereta pulang di Leicester Square, ia melihat ada sebuah buku yang tertinggal di tempat menunggu . Ajaibnya, ternyata itu buku The Girl From Petrovka. Ternyata kebetulan itu tidak sampai di situ saja.

Dua tahun kemudian, ketika sedang shooting filem di Vienna, Hopkins dikunjungi oleh George Feifer, pengarang buku tersebut.

Feifer menyebutkan bahwa ia kehilangan buku miliknya sendiri. Ia meminjamkan buku miliknya – dengan beberapa catatan tulisan tangannya sendiri – kepada rakannya, yang kemudian kehilangan buku itu di suatu tempat di London. Dengan kehairanan, Hopkins memberikan Feifer buku yang di jumpai beliau. 'Ini bukunya?' tanyanya, 'dengan catatan di di tepi helaiannya?'  Ya Itu buku yang sama.

7. Seorang petugas Inggeris, Major Summerford, ketika sedang bertempur di daerah Flanders pada February 1918 terjatuh dari kudanya kerana disambar petir dan ia menjadi lumpuh dari pinggang ke bawah. Summerford kemudian pencen berpindah ke Vancouver.

Satu hari pada tahun 1924, ketika ia memancing di pinggir sungai, sebuah petir menyambar pohon di mana ia sedang duduk dan melumpuhkan tubuh bahagian kanannya. Dua tahun kemudian Summerford sudah cukup pulih dan sudah boleh berjalan-jalan di taman. Dan pada 1930 ia sedang berjalan-jalan di taman itu tiba-tiba petir kembali menyambarnya, dan akhirnya melumpuhkannya secara kekal. Ia meninggal dua tahun kemudian. Tetapi petir nampaknya belum puas dan masih mengejarnya. Empat tahun kemudian, ketika ribut melanda ,petir menyambar sebuah kubur dan menghancurkan sebuah batu nisan. Siapa yang terkubur di bawah nisan itu? Major Summerford

8. Pada tahun 1899 sebuah petir membunuh seorang pemuda ketika ia berdiri di halaman belakangnya di Taranto, Italy. 30 tahun kemudian, anaknya mati dengan cara yang sama di tempat yang sama. Pada 8 Oktober 1949, Rolla Primarda, cucunya pula maut di sambar petir dengan cara yang sama tempat yang sama.

9. Henry Ziegland pada tahun 1883, ia memutuskan hubungan dengan tunangnya, kerana tertekan gadis tersebut membunuh diri. Abg kepada gadis itu sangat marah sehingga ia mengejar Ziegland dan menembaknya.Pemuda itu menembaknya dan beranggapan telah menembak mati Ziegland menggunakan pistolnya dan kemudian abang gadis tersebut membunuh dirinya sendiri.

 Tetapi Ziegland belum mati. Peluru tersebut hanya menggores wajahnya dan tertanam pada sebuah sebuah pokok. Ziegland yakin bahawa dia adalah pemuda yang bertuah. Tapi beberapa tahun kemudian, Ziegland memutuskan untuk menebang pokok itu, yang masih ada peluru di dalamnya. Tugas itu nampaknya sukar sehingga ia memutuskan untuk meletupkannya dengan beberapa dinamit.
Letupan itu melontarkan peluru tersebut ke kepala Ziegland dan membunuhnya.

10. Ini merupakan kisah kembar seiras di  Ohio. Kembar itu terpisah sejak lahir, di serah kepada keluarga angkat yang berbeza. Meski pun tidak mengenalai antara satu sama lain, kedua keluarga yang tersebut menamakan anak mereka James. kebetulannya tidak terhenti sampai di situ saja. Kedua James membesar  tetapi keduanya melakukan latihan kepolisian, keduanya sama-sama memiliki kemampuan dalam  mekanik dan pertukangan, dan mereka sama-sama menikahi wanita yang bernama Linda.

Mereka berdua juga mempunyai anak lelaki, yang satu dinamakan James Alan dan yang satu lagi dinamakan James Allan. Kedua kembar itu juga menceraikan isteri mereka, dan menikahi wanita lain – yang sama-sama bernama Betty. Dan mereka sama-sama punya anjing yang diberi nama Toy.
Empat puluh tahun setelah mereka terpisah, kedua kembar itu bertemu dan berkongsi kisah mereka yang ajaib itu.

No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...