Saturday 11 June 2011

Kemalangan Maut di Rawang Mutiara

Lokasi   : Rawang Mutiara ( Berdekatan Shell )
Tarikh   : 9 Jun 2011 ( Khamis )
Jam      :  8.15 pagi


9 Jun 2011 adalah hari sedih bagi Kg Koskan dan Sg Choh kerana perginya seorang rakan yang maut akibat kemalangan.




Hanya di kenali sebagai Hafiz, arwah menunggang motosikal Yamaha LC dalam perjalanan ke tempat kerja di Mydin Rawang.


Arwah di percayai di rempuh oleh sebuah lori yang terus meninggalkan tempat kejadian.


Suasana mula diselubungi rasa sedih sebaik tiba ahli keluarga dan rakan-rakan arwah di tempat kejadian. Di fahamkan bapa arwah baru sahaja meninggal dunia.


 Mayat kemudiannya di hantar ke Hospital Selayang untuk di bedah siasat.


 Kemudian jenazah di kebumikan pada hari yang sama jam 6 petang di Tanah Perkuburan Islam Batu 20, Sg Choh, Rawang.



p/s : Betulkan saya jika ada kesilapan maklumat di atas.

Kredit pada Safarul Anuar sebab  bagi pinjam kamera.

No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...