Tuesday, 7 June 2011

Nuclear Football : Beg Bimbit Misteri Presiden USA

Timbul entry ni sebab Ahad lepas aku tertengok History Channel tajuk dia apa ntah aku pun lupa tapi ada cerita pasal beg ni, Jadi aku pun menggoogle-google dan jumpa juga untuk di kongsi dengan anda semua.


Nuclear Football atau The Football (President's Emergency Satchel dan The Button) merupakan beg bimbit yang sentiasa berada di sisi Presiden Amerika ke mana sahaja beliau pergi. Beg bimbit ini di gunakan oleh Presiden untuk mengaktifkan serangan nuklear jika presiden berjauhan dari pusat kawalan induk seperti Bilik Kecemasan White House. Ia di anggap mobil hub dalam sistem pertahanan strategik Amerika Syarikat. Ia hanya di gunakan jika Amerika Syarikat di serang oleh negara lain.


NUCLEAR FOOTBALL : TAS HITAM OBAMA YANG BERISI PEMICU NUKLIR

KANDUNGAN DALAM BEG


Menurut artikel Washington Post, beb bimbit ini sentiasa di bawa bersama presiden oleh pembantu khasnya ke mana sahaja presiden pergi hatta presiden cirit kat jamban pun pembantunya turut berada di sebelahnya.


* Beg ini warna metalik di balut jaket kulit berwarna hitam.
* Berat dalam anggaran 20kg.
* Antena kecil terjulur keluar berdekatan pemegangnya.
* Mempunyai buku panduan senarai lokasi-lokasi tertentu.
* Sebuah fail mengandungi 8 hingga 10 helai kertas yang di camtum bersama yang isi kandungannya   
   adalah prosedur dan tatacara Emergency Broadcast System.
* 3 x 5 inci kad yang mengandungi kod pengaktifan.
* Buku hitam yang mempunyai 75 mukasurat di cetak dalam warna hitam dan merah.



NUCLEAR FOOTBALL : TAS HITAM OBAMA YANG BERISI PEMICU NUKLIR


PENGGUNAAN
* Jika presiden memutuskan untuk menggunakan senjata nuklear, beg bimbit ini akan di buka   oleh pembantunya.
* Isyarat akan di hantar ke Pusat kawalan Induk.
* Presiden kemudian berbincang dengan pembantunya sama ada untuk menggunakan sebuah peluru berpandu atau lebih dari satu ICBM ( Peluru berpandu antara benua ).
* Sebelum peluru berpandu di lancarkan presiden mestilah mengenal pasti kod yang di keluarkan pada kad plastik yang di gelar 'biscuit'.
* Selepas tu ---teeeeeeeeeet- ( presiden tekan butang ) --voooossssshhhhh --- kebaboom.
* Two-man rule di guna pakai di Amerika yakni bila presiden mengarahkan serangan, dan arahan itu mesti di sahkan oleh Setiausaha Pertahanan.
* Beg bimbit ini mempunyai 3 unit sahaja iaitu untuk 1 untuk presiden, 1 untuk di simpan di White House dan 1 lagi bersama naib presiden.





NUCLEAR FOOTBALL : TAS HITAM OBAMA YANG BERISI PEMICU NUKLIR
SEJARAH


Nuclear Football ini yang menjadi satu benda penting sampai sekarang bermula selepas Krisis Peluru Berpandu Cuba 1962 semasa Perang Dingin antara Amerika dan Soviet.
Presiden ketika itu John F.Kennedy (1961-1963) bimbang komander Soviet akan melancarkan peluru berpandu ke Amerika tanpa kebenaran Moscow. Maka terhasillah beg bimbit berpunat nuklear.


Ternyata beg bimbit ini beg paling bahaya di dunia.









Sumber : wikipedia.

No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...