Saturday, 25 June 2011

Lagi Kemalangan di Serendah, Selangor

Lokasi     : Jalan Ipoh - KL,Serendah (menghala KL)
Tarikh     : 24 Jun 2011 (Jumaat)
Masa       : 8.15 malam


Kemalangan ini berlaku hanya beberapa ratus meter dari kemalangan lori terbalik petang hari yang sama --> Sini. Kali ini ia berhampiran simpang 4 Komuter Serendah.

 Kali ini melibatkan penunggang motorsikal Yamaha SS2. Mangsa hanya di kenali sebagai Khairul Nizam.




 Puncanya? LUBANG YANG TIDAK DI TAMPAL DENGAN BETUL. Beberapa hari lepas lubang ini telah di korek untuk kerja-kerja kabel. Kabel apa aku pun tak pasti, yang pasti kontraktor tersebut menampal lubang bagai melepas batuk di tangga.

Lubang ini mendap dalam anggaran 20 sm dan dalam keadaan laju terutamanya penunggang motosikal ia boleh mengundang malapetaka. Pada jam 8.15 malam 24 Jun 2011 ia memang benar-benar berlaku.

Mangsa terlanggar lubang tersebut menyebabkan ia hilang kawalan dan terus terjatuh. Mujur tiada kenderaan lain di belakangnya.


 Hentakan kuat di jalanraya menyebabkan mangsa seperti termangu-mangu dan yang lebih malang lagi telefon bimbit mangsa di percayai hilang sejurus kemalangan berlaku. Mujur dompet mangsa masih ada.

 Hanya kerosakan kecil pada motorsikal mangsa.

 Tepat jam 8.45 malam ambulans tiba dan memberi rawatan awal.


 Dan di hantar ke hospital berdekatan.

 Sememangnya jalan antara Serendah - Antara Gapi kerap kali jalan tersebut di korek. Kalau korek tampal elok-elok tak pe jugak. Ni aku tengok macam naik unta. Banyak nyawa yang tidak berdosa mungkin menjadi korban angkara kelalaian mereka-mereka ini.

p/s : Terima kasih Safarul Anuar @ Ferul dari BRAVO Team atas maklumat anda dan jugak kualiti gambar kurang menarik. Kamera murah la katakan.

2 comments:

  1. A'kum...saya Izan dari bunga2hati.blogspot.com. tq sebab kenalkan saya dengan SAYA BLOGGER MALAYSIA dalam FB dan sudi follow saya...! saya dah follow awak juga!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...