Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Sunday, 7 August 2011

Tanah Runtuh Di Cameron Highland : 5 Rumah Tertimbus, Seorang Terbunuh

Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang wanita terkorban manakala seorang lelaki dan seorang wanita cedera parah dalam kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands, Pahang pada Ahad.
Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands berkata kejadian yang berlaku pada pukul 5.45 petang itu membabitkan lima buah rumah penduduk kampung.
"Mangsa yang cedera parah dan mayat wanita berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata di sini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa lain yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian itu sedang giat dijalankan oleh anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. - BERNAMA
BERITA LANJUT MENYUSUL KELAK
Read More ->>

Sunday, 10 July 2011

Republik Sudan Selatan - Negara Terbaharu


Pada 9 Julai 2011 lahirlah sebuah negara terbaharu di dunia iaitu Republik Sudan Selatan. Merupakan negara yang ke 193 di iktiraf oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan Juba sebagai ibu negaranya. Presiden pertama adalah Salva Kiir Mayardit.

Presiden Pertama Sudan Selatan

Sebelum mencapai kemerdekaan dari Sudan, Sudan Selatan telah 50 tahun bergelut dengan perang saudara dengan pihak utara yang memakan korban hampir 2 juta jiwa. Setelah berperang begitu lama akhirnya referendum kemerdekaan di buat pada Januari 2011 dan 99% penduduk Sudan Selatan bersetuju untuk merdeka.

Kesan perang saudara yang panjang menyebabkan negara yang berpenduduk 8 juta orang itu perlu membina semula negara mereka bermula dari kosong dan menjadikan Sudan Selatan antara negara paling miskin di dunia.

3/4 telaga minyak Sudan datang dari selatan dan segala hasil buminya di kaut oleh pemerintah utara menyebabkan punca berlakunya perang saudara. Setelah merdeka aku harap hasil bumi mereka dapat di agihkan sama rata pada penduduknya serta dapat memajukan Sudan Selatan.
Rakyat Sudan Selatan meraikan kemeredekaan.
Sehingga 9 Julai sebanyak 26 negara telah mengiktiraf Sudan Selatan.

sumber : wikipedia
Read More ->>

Thursday, 7 July 2011

30 Kanak-kanak dan 4 Guru di Jadikan Tebusan di Muar

Kelihatan saspek berunding dengan pihak polis
Muar 6 Julai 2011 Khamis: Seorang pemuda yang bersenjatakan tukul telah menjadikan 30 kanak-kanak  dan 4 orang guru di tadika sebagai tebusan di Sg Abong dekat sini.
Saspek berkenaan meminta senjata api atau kanak-kanak di tadika Serikids akan di bunuh menurut polis.
Walaubagaimana pun pakar psikitri Dr lau Keen Lee bercakap dengan saspek berkenaan dari luar banglo 2 tingkat meminta agar bertenang.
Dr lau menyifatkan saspek yang berumur lingkungan 30-an mempunyai masalah mental.
Para tebusan di letakkan di tingkat 2 banglo berkenaan. 2 truk Unit Tindakan Khas (UTK) kelihatan mengawal keadaan dan menutup jalan masuk ke tadika berkenaan sekitar jam 2 petang.
Ibu bapa kanak-kanak kelihatan menunggu di luar banglo dalam keadaan cemas sambil di tenangkan oleh pihak polis.
Turut juga kelihatan 2 ambulans untuk sebarang kemungkinan.
Menurut NST Online seorang kanak-kanak tadika telah cedera dan terbunuh. Walaubagaimanapun masih terlalu awal untuk mengesahkan situasi di dalam tadika dan sehingga jam 3 petang tadi rundingan dengan saspek masih lagi di jalankan.
(kemaskini) Tepat jam 3.41 petang tadi drama tebusan berakhir apabila polis menyerbu masuk tadikan berkenaan dan menembak saspek hingga cedera parah. Para tebusan selamat tanpa sebarang kecederaan.


Akhirnya selesai jugak Syabas polis
Sumber : - thestar.com.my, utusan.com.my, hmetro.com.my dan nst.com.my
Read More ->>

Sunday, 19 June 2011

Jatuh Dari Tingkat 10 Tapi Tersangkut Kat Tingkat 7

Gambar di bawah menunjukkan orang ramai menyelamatkan kanak-kanak yang tersangkut pada penyaman udara di tingkat 7 apartmen di selatan Beijing pada 15 Jun 2011. Kanak-kanak ini terjatuh dari tingkat 10 apabila cuba memanjat balkoni rumahnya yang terkunci dari dalam. Mujur kanak-kanak ini dapat di selamatkan.  Bak kata pepatah zaman dahulu ' Berpantang maut sebelum ajal'.


Read More ->>

Wednesday, 15 June 2011

Miskaulah : Wanita Pemakan Daging Mentah


Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...