Thursday, 7 July 2011

30 Kanak-kanak dan 4 Guru di Jadikan Tebusan di Muar

Kelihatan saspek berunding dengan pihak polis
Muar 6 Julai 2011 Khamis: Seorang pemuda yang bersenjatakan tukul telah menjadikan 30 kanak-kanak  dan 4 orang guru di tadika sebagai tebusan di Sg Abong dekat sini.
Saspek berkenaan meminta senjata api atau kanak-kanak di tadika Serikids akan di bunuh menurut polis.
Walaubagaimana pun pakar psikitri Dr lau Keen Lee bercakap dengan saspek berkenaan dari luar banglo 2 tingkat meminta agar bertenang.
Dr lau menyifatkan saspek yang berumur lingkungan 30-an mempunyai masalah mental.
Para tebusan di letakkan di tingkat 2 banglo berkenaan. 2 truk Unit Tindakan Khas (UTK) kelihatan mengawal keadaan dan menutup jalan masuk ke tadika berkenaan sekitar jam 2 petang.
Ibu bapa kanak-kanak kelihatan menunggu di luar banglo dalam keadaan cemas sambil di tenangkan oleh pihak polis.
Turut juga kelihatan 2 ambulans untuk sebarang kemungkinan.
Menurut NST Online seorang kanak-kanak tadika telah cedera dan terbunuh. Walaubagaimanapun masih terlalu awal untuk mengesahkan situasi di dalam tadika dan sehingga jam 3 petang tadi rundingan dengan saspek masih lagi di jalankan.
(kemaskini) Tepat jam 3.41 petang tadi drama tebusan berakhir apabila polis menyerbu masuk tadikan berkenaan dan menembak saspek hingga cedera parah. Para tebusan selamat tanpa sebarang kecederaan.


Akhirnya selesai jugak Syabas polis
Sumber : - thestar.com.my, utusan.com.my, hmetro.com.my dan nst.com.my

1 comment:

  1. Dulu pernah jadi kes macam nie..takkan takde guard kot?.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...