Friday, 22 July 2011

Ini Kisah Cinta Teragung Dari China


Kisah cinta teragung ini datangnya dari China. Apabila seorang lelaki dan wanita yang berusia dari pemuda tersebut yang saling mencintai melarikan diri untuk hidup bersama hampir 50 tahun. Lelaki yang berusia 70 tahun yang tinggal di gua puncak gunung telah memahat 6000 anak tangga untuk isterinya yang berusia 80 tahun.




50 tahun yang lalu, Liu Guojiang berusia 19 tahun telah jatuh cinta dengan seorang janda anak  satu berumur 29 tahun, Xu Chaoqin dan hubungan mereka telah di halang oleh rakan dan saudara mara mereka kerana perbezaan umur tambah pula wanita tersebut janda. Keadaan masa tu juga yang menganggap perbuatan mereka tidak bermoral lelaki mencintai wanita yang lebih tua.


Untuk mengelakkan berlaku perkara buruk dan tohmahan pasangan tersebut mengambil keputusan untuk melarikan diri dan tinggal di gua dekat Juangjin County.


Pada permulaan, hidup mereka amat sukar,tiada elektrik malah makanan. Mereka terpaksa makan rumput dan akar kayu. Liu juga membuat lampu minyak tanah untuk menerangi kehidupan malam mereka. Segala peralatan rumah di buat sendiri oleh Liu.Pada tahun kedua dan sehingga ke tahun 50 Liu memulakan kerja memahat anak tangga untuk memudahkan isterinya turun ke bawah.



Pada tahun 2001, sekumpulan pengembara telah menjelajah hutan berhampiran dan terkejut apabila menjumpai pasangan warga emas dan 6000 anak tangga yang di pahat. Liu Ming Sheng salah seorang dari 7 anak pasangan ini berkata,


"Ibu bapa saya saling menyayangi antara 1 sama lain, mereka hidup bahagia selama 50 tahun dan tidak pernah berenggang walau satu hari. Bapa saya memahat 6000 anak tangga untuk kemudahan ibu saya walaupun ibu saya jarang turun ke kaki gunung."


Sehinggalah pada 2003 Liu 72 tahun pulang dari kebunnya dan rebah. Xu terus memangku suaminya dan berdoa tapi sudah terlambat, Liu menghembus nafas terakhirnya di pangkuan isterinya. Xu terus mendakap kemas Liu sambil menitiskan air mata walau suaminya itu sudah meninggal dunia.
"Awak telah berjanji pada saya untuk menjaga saya, selalu di sisi saya sehingga saya mati. Sekarang awak pergi dulu dari saya, bagaimana saya ingin hidup sendirian tanpa mu?"
Begitulah rintihan Xu sambil memegang keranda suaminya dengan linangan air mata berjuraian jatuh menghempas bumi. Umpama hidup tidak bererti lagi hanya linangan airmata peneman diri. Teman untuk berkongsi suka duka sudah tiada lagi.




Pada 2006, kisah pasangan ini telah menjadi 10 terbaik kisah cinta di China yang di kumpul oleh Majalah Mingguan Wanita China. Kerajaan China mengambil keputusan mengekalkan tangga yang di bina oleh Liu untuk isterinya dan tempat tinggal mereka di jadikan muzium. 


Bagai Shah Jahan membina Taj Mahal untuk isteri tercintanya Mumtaz Mahal. Sungguh epik.



sumber : www.weirdpalaca.com

No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...