Saturday 16 July 2011

Pos Laju Naik Harga -WTFishcake




Hari ini ramai pengusaha perniagaan secara online mengeluh kerana kenaikan harga pos laju termasuk la kawan aku Almariku BundleofToyz. Ini bermakna beban kos secara tak langsung akan di serap pada pembeli.  Bermula hari ini (15 Julai ) kadar surcaj bahan api untuk perkhidmatan pos laju di naikkan 10% - 15%.


Sebelum ni harga setem telah pun di naikkan pada Jun 2010 

: Surat yang tidak melebihi 20g harga 30 sen naik ke 60 sen
: Surat yang tidak melebihi 50g harga 40 sen naik ke 70 sen

Untuk pengetahuan anda, Pos Malaysia ini di kuasai ahli perniagaan Melayu terkemuka Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary melalui syarikatnya DRB-Hicom.Sebenarnya DRB Hicom baru je ambil alih 32.2% pegangan dari Khazanah Nasional (kerajaan punya) pada April 2011.

DRB-Hicom ni banyak cabang perniagaan dia antaranya Malakof Corp (pengeluar tenaga bebas), Bernas dan Gas Malaysia ( pengedaran gas).

Kalau orang bisnes niaga mesti nak untung waima apa cara sekalipun keuntungan menjadi tunjang utama perniagaan walaupun terpaksa menaikkan harga barang dan perkhidmatan. Mereka2 ini tidak akan memikirkan kesannya pada pengguna.

Pelbagai alasan dan cara akan di gunakan untuk menghalalkan tindakan mereka2 itu.

Aku bagi contoh :-

TNB - Naik harga - Alasan arang batu naik harga, yang ko bagi subsidi berbilion2 ringgit pada IPP tak pe plak.

Astro - Naik Harga - Alasan harga kandungan naik harga - Kerajaan gagal mengawal Astro.  ( Kalau anda perasan cukai perkhidmatan 6% di kenakan pada pengguna. Tak caya tengok bil)

Gas Memasak - Naik Harga - Alasan harga gas cecair asli meningkat naik padahal Malaysia negara pengeksport terbesar LNG.

Rakyat - Naik Hantu - Alasan terbeban dengan segala kenaikan di atas, tu belum barang lain lagi,

Negara kapitalis berkiblatkan wang memang begitu, yang kaya bertambah kaya , yang miskin papa kedana.

p/s : Bak kata rakan ku - Marilah kita kembali ke zaman Napoleon , hantar surat pakai kuda atau burung merpati, bia lambat asalkan tak sakit hati.

No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...