Monday, 25 July 2011

7 Iklan Yang Kreatif Di Subway

1. RASA SEPERTI SELEBRITI
Dengan pelancaran model baru kamera Nikon D700, Nikon telah memasang papan iklan yang besar di stesen subway di Seoul, Korea. Papan iklan tersebut di letakkan gambar sekumpulan paparazzi yang sedang 'bersedia' menangkap gambar anda. Caranya bila anda melalui papan iklan tersebut, lampu flash akan menyala seperti lagaknya anda seorang selebriti. Nikon juga telah memasang karpet merah dan bila anda keluar sahaja stesen terdapat kesai Nikon di pasaraya berhampiran. Maka kalau anda banyak duit , anda bolehlah beli D700.

2. SEMAKIN DEKAT ANDA UNTUNGLAH BAGI KAMI
Pengiklanan yang kreatif oleh syarikat pengkebumian Bergmann. Kalau nak perkhidmatan mereka, datang dekat2 tengok iklan tu. Terdapat di subway Berlin.
3. SEPERTI BERADA DI RUMAH

Syarikat perabot gergasi dari Sweden IKEA telah mentransformasikan Kobe Portliner Monorail dan 4 stesen subway penting di Paris seperti ruang pertunjukan.  Koleksi perabot di pamerkan di stesen yang menjadi tumpuan ramai, memberi potensi kepada pasaran dan pengguna boleh terus membelek,meneliti barangan mereka. Satu strategi pemasaran yang genius.


4. 2012 : BANJIR DI SUBWAY
Iklan di Cantagalo, Copacabana, Brazil. Sony Picture mempromosikan filem mereka 2012 dengan 'membanjirkan' subway tersebut.

5. HOMEPLUS +
Dengan motto Plus to Your Life-Homeplus. Stiker telah di tampal di tiang2 subway supaya menjadi kelihatan benar2 di supermarket. Kempen pengiklanan Homeplus bermula sebulan sebelum pasarayanya di buka. Hasilnya pada hari pembukaan jualannya telah berjaya melepasi sasaran jualan dengan 550%. Lokasi Seoul Korea Selatan.

6. TUMBUH DAN TERUS TUMBUH
Syarikat cip potato terkenal Lay membiarkan orang ramai percaya yang mereka menanam potato di atas Jackson Tunnel. Cara yang menarik untuk menangkap perhatian umum. Papan iklan di bawahnya bertulis " Potato kami di tanam hampir dari apa yang anda fikirkan".

7. GARISAN KUNING WONDERBRA
Garisan kuning di MRT ini bertujuan supaya penumpang menjarakkan diri dari landasan untuk keselamatan. Tapi garisan kuning kedua bertulis Wonderbra menunjukkan jarak yang perlu berdiri bagi sesiapa yang memakai produk mereka terutama wanita. Maknanya lagi jauh dari garisan kunin yang asal. Wonderbra adalah syarikat pembuat coli.. lu pikir la sendiri.


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...