Thursday, 28 July 2011

Perubahan Dunia yang Ekstrem ( 3 Cerita)


TASIK ARAL YANG LENYAP


Ini adalah gambar satelit yang di ambil oleh NASA, anda akan lihat perubahan dramatik pada Tasik Aral dalam tempoh yang singkat antara tahun 2000 - 2009. Terletak di antara Kazakhstan dan Uzbekistan. Pada tahun 1960, kerajaan Soviet Union (Russia) telah mengalihkan air dari beberapa sungai utama untuk tujuan pertanian. Hasilnya tasik yang berkeluasan 68,000 km persegi ini menjadi kontang hanya dalam masa 49 tahun. Tasik Aral juga tasik ke empat terbesar dunia pada waktu dulu.  Tasik Aral ini dahulu di kelilingi oleh perkampungan nelayan yang menjadi sumber rezeki 40000 orang tetapi sekarang hanya tinggal bandar yang di tinggalkan dan kapal nelayan yang tersadai.


2000


2004

2008

2009

Rangkuman


Tersadai

PEMODENAN DUBAI

Dubai, sebahagian dari UAE merupakan negara yang kaya dengan minyak, bimbang  simpanan minyak mereka habis di masa akan datang, kerajaan Dubai melaksanakan satu transformasi besar-besaran untuk menjadikan Dubai bandar pelancongan dan bandar kewangan serantau. Salah satu binaan yang terkenal adalah Palm Jumeirah yakni laut yang di tambak membentuk seperti pokok kurma. Hasrat Dubai menjadikan bandar pelancongan tercapai apabila bilangan pelancong meningkat saban tahun. Jika UAE kehabisan minyaknya, mereka tidak perlu bimbang lagi kerana sektor pelancongan itu sendiri mampu menjana berbillion ringgit.

2000

2002

2004

2009



KEMUSNAHAN HUTAN AMAZON

Negeri di selatan Brazil Rondonia adalah salah satu tempat penebangan hutan terteruk di Amzon. Dalam masa 3 dekad dengan keluasan asal hutan hujan 208,000 km persegi (51.4 juta ekar), 4,200 km persegi  telah di bersihkan pada 1978, 30,000 km persegi lagi pada 1988 dan 53,300 km persegi pada 1998. Pada tahun 2003 di anggarkan 67,764 km persegi hutan hujan telah dibersihkan. Patut la aku nafas macam kurang oksigen je, Amazon makin kecik rupanya. 
2000
2002
2004
2008

8 comments:

  1. kesian kat nelayan...pyh nk cri rezeki...sepatotnya sistem satelit digunakan bg memantau dgn lebih cekap...adeh

    ReplyDelete
  2. @an pihak soviet buat pengalihan air sungai tanpa memikirkan kesan jangka panjang..

    ReplyDelete
  3. perghh... camne la tuh ek??

    mkin lame mkin rosak dunia....

    latest entry Spontaneous Thursday : Niat & Urban-or-Disaster

    ReplyDelete
  4. @kaizen ni sumer angkara duit

    ReplyDelete
  5. duit segala-galanya sekrang tanpa mngendahkan psekitaran. bukit ditorehla. semualah~

    ReplyDelete
  6. Kalau tasik boleh kering memang teramat sayang la..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...