Friday 15 July 2011

Edisi Bola : Apabila Penyokong MU di Ejek Oleh Penyokong Liverpool Di Bukit Jalil (Video)


Perseteruan antara Liverpool dan M.United di England terbawa-bawa hingga ke Malaysia apabila seorang penyokong MU di ejek kerana berada di kelompok penyokong Liverpool pada sesi latihan Liverpool di Stadium Bukit Jalil malam tadi.

Penyokong MU tersebut di paksa membuka jersi MU nya dan di ganti dengan jersi Liverpool. Berpegang teguh pada prinsip setia pada yang satu, penyokong MU tersebut rela tidak berbaju dari memakai baju musuh tradisi MU yakni Liverpool.


Ni salah seorang komen di Youtube tentang kejadian di atas

Yang pergi masuk pakai baju MU tu ape kejadahnya..kan dah kena. hahaha


(UPDATE)

Kisah keberanian penyokong MU tersebut telah mendapat perhatian Wayne Rooney penggempur MU dengan membalas keberanian pemuda tersebut dengan menggelarnya lagenda. Berikut adalah twitter Rooney :-

Ada hikmah di sebalik kejadian

kredit video : lioedexing

No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...