Wednesday, 27 July 2011

10 Bentuk Wangian Yang Kreatif

1. LEVELUS  yang ni sesuai pada buruh2 kasar, kontraktor2 di tapak pembinaan. Kalau rasa ketiak dah bau mcm gampang sembur la perfume ni sambil menggaul simen. link <-- klik situ.


2. Konvict. Bentuk gari. Direka oleh penyanyi rap Akon. Sesuai untuk polis yang berbau longkang, sambil menggari penjenayah sambil menyembur wangian ni. InsyaAllah penjenayah gembira,polis pun gembira. 
link <-- klik situ



3. D.A.D Jewel Whell. Bentuk tayar. Sesuai untuk mat rempit, pelumba F1, moto GP, Masa berlumba tengah layan corner, boleh la sembur perfume ni. Itu pun kalau tak terbabas. link <-- Klik situ.

4. Paco Rabanne 1 Million , Bentuk jongkong emas. Sesuai untuk jutawan sambil menyembur perfume sambil pecah tabung gajah kira duit syiling. link <-- klik situ nak beli.


5. The Brave Eau De Toilette Diesel- Bentuk penumbuk. Sesuai untuk samseng atau gangster. Sambil menumbuk sambil menyembur perfume. Baru la terserlah gaya kejantanan anda. link <-- nak bli klik situ.



6. Jean Paul Gaultier's Le Male - Bentuk usb. Kalau anda sering terlupa perfume anda. Cucuklah di laptop. Bawalah ke hulu dan ke hilir. link <-- nak beli klik situ.

7. Viktor & Rolf Flowerbomb - Bentuk bom tangan. Siapa lagi kalau bukan untuk tentera. Bertempur dengan musuh tanpa gerun tapi jangan di lupakan wangian ini. Bertempur dalam suasana lavender. link <-- klik situ.

8. Tous H2O EcoChic - Bentuk titisan hujan. Tatkala kemarau melanda, usah khuatir usah bimbang, perfume ini membantu anda. Semburannya umpama hujan lebat 7hari 7malam. Percayalah. link <--klik situ.

9.  The Tank - Bentuk tayar kereta kebal. Di cipta oleh penyanyi rap 50 Cent. Pembawa kereta kebal pasti gembira dengan kehadiran wangian ini. Tidaklah berbau hapak dalam tu nanti. Sentiasa harum. 
link <-- klik situ.

10. Givenchy Play - Bentuk pemain MP3. Sesuai untuk pengembara, budak2 sekolah, budak2 univesiti.
link <-- klik situ.


3 comments:

  1. no8 ko dah cop tuk aku kan? aku dah tggu ni

    ReplyDelete
  2. @wadi.. ko selalu wat jenayahkan..aku bg no 2.

    ReplyDelete
  3. haha bengong. ko yg aja aku

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...