Friday, 22 July 2011

Edisi Bola! : Malaysia vs Chelsea 1-0 (Video)

Jelajah EPL kali ini aku bertuah dapat pergi ke stadium menonton Malaysia U23 vs Chelsea. Aku pergi ke stadium kerana skuad Harimau Malaya. Tanah Tumpahnya Darahku.

 Terima kasih pada bini aku yang dapat tiket ni percuma dari Maybank lantas aku segera mengajak kawan aku Paie dan Ijan. Tanpa sebarang perancangan dan dapat tiket ni pun mengejut maka hasilnya..
 kesesakan teruk..bertolak pukul 6 petang sampai ke bangku stadium jam 9.15 malam. Perlawanan sudah berlangsung 30 minit.



 Sampai kaki kanan jem sebab tekan klac selalu sangat tapi bila dah sampai stadium..

 wah hampir 98% stadium Bukit Jalil yang berkapasiti 100000 penonton ni penuh.

 Yang pasti walaupun mereka berbaju biru tetapi mereka menyokong Malaysia. Walaupun pasukan Malaysia menyerang sekali sekala tetapi sorakan padu penonton pada aku berbeza berbanding menentang Liverpool dan Arsenal tempohari.

Satu yang menarik tentang perlawanan ini adalah  perasaan anti Israel memang meresap di jiwa rakyat Malaysia setiap kali pemain Chelsea berdarah yahudi Yossi Benayoun menyentuh bola. Beliau akan di booooo satu stadium termasuklah aku sekali.

Separuh masa kedua pun ramai lagi orang masuk..sebabnya kesesakan jalanraya.

 Ini adalah pasukan gendang yang sentiasa menaikkan semangat penyokong Harimau Malaya. Setiap kali gendang di pukul pasti di sambut puluhan ribu penyokong.


Kekebalan benteng Harimau Malaya menyukarkan pasukan ratusan juta dollar Chelsea menembusi gawang lawan. Gol hanya sekadar nasib semata-mata itu pun mencetuskan kontroversi. Apa pun syabas Ong Kim Swe dan anak buahnya. 

Gol sepakan percuma jaringan Didier Drogba


Maka tamatlah jelajah kelab EPL di Malaysia. Sekarang kita tumpu pula kelayakan Piala Dunia, Malaysia vs Singapura.

p/s : Mujur kali ni seolah2 berada di Bukit Jalil tidak seperti di Stamford Bridge.

No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...