Thursday 14 July 2011

Edisi Bola - Kenny Dalglish Pulang Awal



Pengurus Liverpool Kenny Dalglish akan memendekkan lawatan ke Malaysia dan kembali ke England pada hari Khamis (hari ini) kerana untuk memuktamadkan pembelian pemain baru Stewart Downing dari Aston Vila. Perlawanan antara pasukan kebangsaan Malaysia dan Liverpool akan berlangsung pada 16 Julai 2011. Ini adalah lawatan kali pertama Liverpool di Malaysia

Downing menjadi sasaran utama Dalglish kerana Liverpool mempunyai masalah di bahagian sayap kiri. Pemain kebangsaan England itu akan menjalani pemeriksaan kesihatan di Merseyside. Di fahamkan Dalglish membelanjakan 20juta pound untuk mendapatkan Downing.

Downing menjadi pemain ketiga yang berhijrah ke Liverpool selepas Charlie Adams (Blackpool) dan Jordan Henderson (Sunderland). -AFP-

No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...