Monday 25 April 2011

Alain Robert aka Spiderman di puncak KLCC

Berjaya menawan puncak KLCC pada 1 September 2009

Siapa Alain Robert :-


Alain Robert atau Robert Alain Philippe (lahir pada 7 Ogos 1962), adalah pemanjat bangunan dari Perancis .Beliau berasal dari Digoin,Saône-et-LoireBourgognePerancis. Beliau dikenali sebagai "Spider-Man Perancis" sebagaimana watak utama komik Marvel atau "Human Spider"


Robert mula memanjat sebuah bangunan ketika berusia 12 tahun ketika terperangkap di apartmen dan kemudian memutuskan untuk memanjat bangunan setinggi lapan tingkat bagi membuka tingkap untuk keluar.


Sejak itu beliau memanjat lebih 85 bangunan di seluruh dunia termasuk Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Sears Tower di Chicago dan Taipei 101 di Taiwan dan yang terbaru Burj Khalifa di Dubai.


Kronologi percubaan Alain Robert menawan KLCC :-


1.   Pada 1997 beliau mendapat liputan media antarabangsa kerana mendaki Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur,Malaysia. Ketika itu menara tersebut baru disiapkan dan ramai meragui kemampuan beliau . Akhirnya beliau ditangkap di tingkat 60 hanya 28 tingkat lagi mencapai puncak menara.


2.  Pada 20 Mac 2007, dia kembali memanjat Menara Berkembar Petronas , menandakan ulang tahun ke-10 pendakian terdahulu.Setelah mencapai tingkat 60, dia membiarkan dirinya ditangkap. Ia terbang di angkasa Malaysia dan mengibarkan bendera Malaysia dan bertepuk tangan .Polis, anggota bomba dan wakil media menunggu dan dibawa ke balai polis.


3.  Pada 1 September 2009, sehari selepas Malaysia merayakan 52 tahun kemerdekaan, Alain Robert akhirnya berjaya ke puncak Petronas Twin Towers. Dia mula mendaki pada jam 6:00 pagi dan sampai dipuncak jam 7.40 pagi.Semasa di puncak, dia berdiri dengan tangan terbentang di puncak salah satu puncak menara .



Video : Saat-saat Alain Robert menawan puncak KLCC.




No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...