Saturday 30 April 2011

Gambar Putera William dan Kate Middleton selepas 30 tahun.


Tetap 'anggun dan kacak' selapas 30 tahun berkahwin


LONDON: Putera William dan Kate Middleton berkahwin di Westminster Abbey semalam dalam majlis diraja yang disiarkan ke seluruh dunia.
 

Sebelum upacara melafazkan ikrar, Middleton, "rakyat biasa" pertama yang akan berkahwin dengan seorang putera yang hampir dengan takhta dalam tempoh 350 tahun, berjalan perlahan sambil disaksikan hadirin seramai 1,900 orang.
Pasangan itu dikahwinkan oleh Ketua Biskop Canterbury, Rowan Williams. 

“Saya mengisytiharkan mereka sebagai suami isteri," katanya. 

Middleton memakai baju pengantin sutera dan satin serta tiara yang dipinjamkan Ratu Elizabeth dan cincin pertunangan yang pernah dipakai ibu William, Puteri Diana. 

Ratu Elizabeth serta kerabat diraja lain, David dan Victoria Beckham, Elton John serat Perdana Menteri, David Cameron, adalah antara orang kenamaan dan selebriti yang hadir. - Reuters 

No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...