Thursday 28 April 2011

Proton Artiga @ Proton Satria Neo



Memperkenalkan inilah dia Youngman Artiga iaitu versi Proton Satria Neo yang di jual di China oleh  syarikat Youngman Automobile Group Ltd. 

Sebelum ini syarikat ini mengedar Proton Gen 2 di China yang di jenamakan semula sebagai EuropeStar.


Dapat di lihat beberapa perubahan ketara untuk model ini jika di bandingkan dengan Proton Satria Neo yang di jual di Malaysia. Banyak pengubahsuaian dilakukan dengan menggunakan Carbon Fibre.


Antara yang nampak ketara ialah pada bonet, side skirt, spoiler, grill, bumper hadapan dan juga belakang.

Untuk makluman, Youngman Artiga ini menggunakan enjinnya  yang dibekalkan dengan Supercharger, sama seperti Proton Lotus R3 Supercharged yang boleh menghasilkan 180 Kuasa kuda dan 200 Nm kuasa tork.

ARTIGA = R3 ( R TIGA ).

sumber : paultan.org ,akudansesuatuz.blogspot.com


No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...