Monday 25 April 2011

Pelbagai kisah saat komputer di cipta

Jim Cartlon, seorang wartawan Wall Street Journal, baru-baru ini mengumpulkan rungutan dari para pengguna komputer Amerika dan terbukti kebodohan mereka mengatasi segala-galanya.


Berikut petikan rungutan-rungutan super bodoh mereka :-
1. Compaq pernah mempertimbangkan untuk mengubah arahan "Press ANY Key" menjadi "Press ENTER Key" kerana ramai pengguna menelefon yang menanyakan  di mana letaknya butang "ANY" di keyboard.



2. AST Technical Support menerima laporan pengguna kerana kesukaran menggunakan mouse. Apabila Techinal Support datang ke rumah pengguna tersebut, mereka menemukan mouse tersebut tidak boleh digunakan... kerana masih berbungkus rapi di dalam plastiknya. Penggunanya (seorang wanita) yang takut dengan mouse (tikus) sehingga tidak berani mengeluarkannya dari dalam plastik. Takut diserang mouse komputer?


3.Di tahun 1980-an, ketika disket masih berukuran besar, Juruteknik Compaq pernah menerima rungutan seorang pengguna  yang disketnya tidak boleh dibaca oleh drive-disk komputer. Setelah diperiksa, ternyata pengguna itu sebelumnya memasukkan disket itu ke dalam mesin taip dan menaip label yang dilekat di disket itu.


4. Rungutan lain dari pengguna AST yang mengatakan disket mereka terkena virus yang sukar dibersihkan. Petugas AST meminta pengguna tersebut mengirimkan disket yang terkena virus itu untuk diperiksa. Beberapa hari kemudian, petugas AST menerima salinan fotostat disket dari pengguna  tersebut.


5. Seorang pengguna DELL mengeluh kerana dia tidak dapat mengirimkan fax via komputer. Setelah diarahkan selama 40 minit melalui telefon, rupa-rupanya pengguna itu mencuba mengefax via komputer dengan cara memegang kertas yang akan di fax di depan monitor, sambil menekan tombol "SEND" di skrin komputer. 


6. Seorang pengguna DELL lain mengeluh kerana keyboard yang digunakannya sudah tidak boleh berfungsi sejak ia dibersihkan. Ketika ditanya caranya membersihkan keyboard, dia menjelaskan, "Saya mencuci dan menggosok semua bahagian keyboard dengan sabun, dan membilasnya dengan air, lalu menjemurnya.


7. Seorang pengguna  DELL marah besar kena tidak boleh menghidupkan komputer yang baru dibelinya. "Semua sudah terpasang dengan baik. Tapi setiap kali saya tekan pedal kaki, tidak terjadi apa-apa." Setelah diselidiki rupa-rupanya "pedal kaki" yang dimaksud orang itu adalah : mouse.


8. Seorang lagi pengguna DELL marah besar kerana komputer barunya tidak berfungsi . Dia menjelaskan semua sudah terpasang dengan betul, dan ketika dia menunggu selama 20 minit, tidak terjadi apa-apa pada komputernya. Ketika Juruteknik DELL menanyakan adakah "power switch" sudah dihidupkan, dia bertanya kembali , "Power switch itu apa?".


9. Berikut adalah soal jawab antara petugas Novell NetWire dengan seorang pengguna  :
Pengguna : Hallo, dengan Tech Support?
Novell : Ya, Boleh saya bantu?
Pengguna  : Tempat letak cawan di PC saya patah. Bolehkah ia di gantikan?
Novell : Tempat letak cawan? Apakah itu hadiah masa anda membeli komputer?
Pengguna : Tidak. Tempat letak cawan ini sudah ada di komputer saya. Dan ketika saya meletakkan gelas saya di atasnya, tempat letak itu patah. Yang saya ketahui, di bahagian depan  itu ada tulisan "CD-ROM, 16X".
(Ketika itu juga, petugas Novell memutuskan talian dan ketawa terbahak-bahak)


No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...