Foto ini muncul di halaman utama Daily Mirror yang menunjukkan tentara Inggeris dari Regimen Queen’s Lancashire menyeksa tahanan di Iraq. Foto ini ternyata rekaan yang menyebabkan editor Piers Morgan meletak jawatan.
Pada awal tahun 2000, tersebar foto kucing raksasa melalui e-mail , didakwa sebagai kucing berukuran besar yang dijumpai di makmal nuklear di Kanada. Foto ini sebenarnya gurauan Cordell Hauglie yang disebarkan Mei 2001 kepada rakan-rakannya dan tidak pernah menyangka gurauannya itu menggemparkan dunia.
Beberapa saat setelah serangan 11 September, tersebar foto di Internet tentang seorang pemuda yang sedang berdiri diatas bangunan WTC, dibelakang pemuda tersebut terlihat pesawat yang akan merempuh bangunan itu. Foto tersebut ternyata palsu.
Pada tahun 1917 dua kanak-kanak perempuan pulang dari bermain di ladang mereka dengan kamera dan terbukti pari-pari wujud. Namun pada tahun 1970-an terungkai bahawa foto itu palsu. Salah seorang saksi bernama Elsie Wright mengaku rakan pari-pari mereka hanyalah dari kertas.
Foto ini terkenal dengan nama Monster Loch Ness atau Nessie. Pada tahun 1994 terungkai bahawa foto tersebut rekaan, foto ini sebenarnya sebuah mainan kapal selam yang dilengkapi kepala ular laut.
Gambar ini yang menunjukkan ukuran tengkorak yang ditemukan di Arab Saudi dilaporkan oleh akhbar The New Nation Bangladesh pada tahun 2004, Gambar ini tidak lain sebuah rekaan photoshop yang juga pernah diterbitkan di laman Worth1000.com.
Pada 1 April 2008 yang bertepatan dengan April Fool, BBC melaporkan rakaman penguin terbang dari Antartika ke Brazil . Rakaman ini merupakan rangkaian April Moob yang sengaja di terbitkan oleh BBC namun mendapat reaksi yang serius dari orang ramai.
Gurauan ini muncul melalui email pada tahun 2001 yang menunjukkan sebuah helicopter diserang oleh seekor jerung yang ganas. Photo ini didakwa telah dipilih oleh National Geographic’s sebagai Photo of the Year.
No comments:
Post a Comment