Kejadian berlaku pada bulan Julai 2003,penunggang superbike Honda ini menunggang dengan laju sekali. Polis Sweden menganggarkan kelajuan motorsikal ini adalah 250 km/j sebelum ia merempuh kereta Volkswagen Golf tersebut di bahagian depan kanan penumpang. Pada kelajuan tersebut, pihak polis mengagak penunggang motorsikal tersebut tidak sempat berfikir hatta untuk mengelip mata sekali pun untuk mengambil tindakan menekan brek.
Impak kemalangan menyebabkan penunggang motosikal melekat di dalam kereta bersama pemandu dan penumpang.
Lokasi Kejadian |
Kekuatan perlanggaran menyebabkan kereta tersebut terbalik dan beranjak sebanyak 3 meter.Ketiga-tiga orang ( 2 dalam kereta dan 1 motorsikal ) terbunuh serta-merta. Kejadian berpunca apabila VW Golf tersebut membelok ke kiri secara perlahan dan di percayai menggunakan telefon semasa memandu.
Teks Kiri:
Motorsikal datang dari arah ini dan melalui jalan yang betul pada kelajuan 250km/j
Teks Kanan:
Kereta datang dari utara dan membelok ke kiri. ( Pemanduan di Eropah adalah sebelah kiri )
Sebagai pengajaran pada orang ramai, Polis Sweden dan Jabatan Keselamatan Jalanraya telah membawa 'karya' ini ke Pameran Motosikal di sana.
Oleh itu berhati-hatilah ketika di jalan raya.
I found your this post while searching for some related information on blog search...Its a good post..keep posting and update the information indian motorcycle tours
ReplyDelete