Saturday 21 May 2011

Kisah Para Ibu Bab 1 : Ibu Termuda Berumur 5 Tahun



Meet Lina Medina adalah ibu termuda dalam sejarah perubatan moden, melahirkan anak ketika berusia 5 tahun 7 bulan 21 hari. Di lahirkan di Ticrapo, Peru. Medina telah di bawa ke hospital oleh ibu bapanya semasa berumur 5 tahun kerana keganjilan pada perutnya yang membesar. Medina pada awalnya di sahkan mempunyai tumor di perut tetapi doktor menyatakan bahawa Medina hamil 7 bulan. Kemudian Dr. Gerardo Lozada membawa Medina ke Lima, Peru untuk pemeriksaan pakar di sana.

Sebulan setengah kemudian pada 14 May 1939, Medina melahirkan bayi lelaki melalui pembedahan 'caesarean' berikutan pinggulnya yang kecil. Pembedahan di jalankan oleh Dr. Lozada dan Dr.Busalleu sambil di bantu oleh Dr. Colareta yang menyediakan ubat pelalian(bius) . Kes Medina telah di laporkan secara terperinci oleh Dr. Edmundo Escomel dalam jurnal perubatan La Presse Médicale, termasuk maklumat tambahan tentang haid pertamanya pada usia 8 bulan dan Medina juga menunjukkan pembesaran payudara yang ketara ketika berusia berumur 4 tahun. Ketika berusia 5 tahun pula, struktur tulang punggung Medina telah melebar dan tulang pada tubuhnya telah matang lebih awal dari biasa.
Sukar di jelaskan bagaimana Medina boleh hamil dan melahirkan anak.

No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...