Thursday 5 May 2011

Kisah Tragis di Sebalik Foto Terbaik

Anda mungkin pernah melihat gambar di atas tapi ada kisah tragis di sebalik gambar tersebut dan terfikir juga saya mengapa jurugambar tersebut tidak menolong kanak-kanak malang itu?.
Begini kisahnya..



Gambar tersebut mengisahkan seorang kanak-kanak mangsa konflik di Sudan sekitar tahun 1993 sedang merangkak menuju ke tempat perlindungan pelarian milik PBB yang jaraknya 1 km dan diikuti oleh burung pemakan bangkai di belakangnya menunggu untuk memakan bangkai kanak-kanak tersebut.

Kisah tragisnya adalah tidak ada seorang pun tahu nasib kanak-kanak di gambar tersebut  termasuk jurugambar yg mengambil gambar tersebut. Jurugambar tersebut segera berlalu pergi setelah gambar di ambil kerana daerah tersebut terdapat konflik bersenjata yang membahayakan nyawa jurugambar tersebut.

Setelah 3 bulan berhempas pulas untuk menerbitkan gambar tersebut,akhirnya ia diterbitkan di akhbar The New York Times pada  26 Mac 1993.





Jurugambar  Kevin Carter.



Kevin Carter adalah Jurugambar senior yang berasal dr Johanesburg, Afrika Selatan. Dia mengaku terpaksa meninggalkan kanak-kanak tersebut kerana waktu itu terdapat larangan untuk menyentuh pelarian dikhuatiri membawa penyakit merbahaya.


Pada 2 April 1994 akhirnya Kevin Carter memperoleh penghargaan tertinggi, Pulitzer untuk Feature Photograpy untuk karyanya ini. Setelah menerima penghargaan tersebut, Kevin Carter menerima banyak kecaman dan kritikan kerana tidak membantu kanak-kanak tersebut.


Seminggu setelah dia menerima penghargaan itu, Kevin Carter bertindak nekad mengambil nyawanya sendiri kerana tidak dapat menanggung perasaan bersalah yang bersarang dalam jiwanya.


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...