sumber :The Sun |
DUBAI 11 Mei - Seorang lelaki membunuh diri selepas terjun dari bangunan tertinggi di dunia, Menara Burj Khalifa sekali gus, menjadi mangsa pertama bunuh diri di menara tertinggi tersebut, semalam.
Mangsa dipercayai berasal dari Asia Selatan, berusia lingkungan 20 tahun, melompat dari tingkat 147 dengan ketinggian 828 meter sebelum terhempas di tingkat 108, lapor akhbar The National, namun maklumat masih belum disahkan oleh pemaju menara tersebut.
"Pihak berkuasa mengesahkan kejadian tersebut sebagai kes bunuh diri dan kini menunggu laporan akhir," kata satu kenyataan yang tidak menyebut maklumat lain mengenai kejadian itu.
Berkecai. |
Menurut laporan akhbar, mangsa berkemungkinan pekerja di sebuah syarikat di dalam menara yang mempunyai 160 tingkat itu manakala pihak polis pula mengatakan permohonan cuti yang dibuat oleh mangsa telah ditolak. - Reuters
No comments:
Post a Comment