Wednesday 11 May 2011

Berjiwa Kental - Semangat seorang pejuang



Peristiwa ini berlaku 4 tahun yang lalu, Kpl Mohd Zamri B Md Soot masih gagah berdiri walaupun menahan sakit selama 2 jam selepas tertusuk benet rakannya, sesuai dengan moto 6 RAMD "Berani Mati" ketika Perbarisan Pertukaran Panji2 6 RAMD di hadapan DYMM Sultan Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 15 Ogos 2008.

Kejadian itu berlaku sewaktu dia melakukan pergerakan rusuk senjata semasamengarak panji rejimenyang baru bila secara tidak sengaja benet rakannya tertusuk ke lengan kirinya sedalam 6 cm.


Dalam kejadian itu, Zamri terpaksa menahan sakit selama 2 jam dan enggan meninggalkan perbarisan walaupun disuruh kerana dia mahu menghabiskan perbarisan penuh istiadat berkenaan yang turut dihadiri oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.


Menurutnya, dia tidak mahu mencacatkan majlis berkenaan dengan hanya kecederaan yang dialaminya itu kerana peluang untuk melakukan perbarisan sukar diperoleh lagi.

“Sebagai seorang askar, saya juga kena bertahan dan tidak boleh cepat mengaku kalah sesuai dengan cogan kata ‘Berani Mati’ jadi saya tekad menghabiskan perbarisan,” tegasnya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah di sini semalam.




Jelas Zamri lagi, selain itu dia juga tidak mahu mempersiakan-siakan latihan selama dua bulan berlatih untuk perbarisan penuh istiadat berkenaan dengan hanya kecederaan tersebut.


"Semasamenghabiskan perbarisan itu, saya tidak fikirkan langsung tentang cedera, apa yang saya fikirkan ialah lakukan perbarisan dengan sebaik mungkin tanpa cacat cela," ujarnyasewaktu di hospital.


Selepas perbarisan berakhir Sultan Kedah berkenan melawat Koperal Zamri di Hospital Sultanah Bahiyah.


Walaupun berita ni dah lama tapi semangat juang Koperal Zamri akan tetap di kenang sampai bila-bila.


No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...