Wednesday 11 May 2011

5 Kanak-kanak yang luar biasa

1. Ibrahim Ouaida, budak 8 tahun yang lemas setelah menyelamatkan kakaknya.

Peristiwa ini berlaku ketika Ibrahim berenang di pantai Sandrigde, Melbourne bersama kakaknya Sarah yang berumur 10 tahun. Tiba-tiba ombak besar datang dan menyapu mereka ke arah lautan. Kakaknya yang tidak dapat bertahan terus menjerit meminta pertolongan. Saat itu juga Ibrahim datang dan menjerit "Aku datang kakak, aku datang". Ibrahim menarik kepala Sarah ke permukaan dan menjaga agar mereka tetap terapung dengan berkata, "Aku menyayangimu kakak, kakak akan selamat". Setelah seorang penyelamat datang, Ibrahim memintanya untuk menyelamatkan kakaknya yang sudah tak sedarkan diri dan berkata "Tolong selamatkan dia, ibuku memerlukannya". Setelah penyelamat menarik Sarah ke pantai dan mencari Ibrahim tetapi Ibrahim telah lemas. Atas jasanya, Ibrahim dianugerahi 'Bravery Medal' oleh pihak berkuasa tempatan.




2. Alexis Goggin, budak 7 tahun yang menggunakan tubuhnya sebagai perisai untuk melindungi nyawa ibunya.

Alexis Goggin, budak yang masih berada di tahun 1 di sekolahnya ini diberi gelaran sebagai 'malaikat dari syurga' setelah dia melompat di depan seorang pemuda bersenjata dan menjadikan tubuhnya sebagai perisai untuk menghalang  peluru yang diarahkan kepada ibunya. Ibunya, Selietha Parker, 30, terkena tembakan di bahagian kiri pelipis dan lengannya oleh kekasihnya yang mengamuk, dan sebelum dia menembakkan pelurunya lagi ke arah Selietha, Alexis melompat ke hadapan penembak tersebut dan memohon agar tidak mengambil nyawa ibunya. Bertuah kerana nyawa kedua beranak ini terselamat

3. Lin Hao, budak lelaki yang menyelamatkan rakan sekelasnya sewaktu gempa bumi

Lin Hao berada di tahun 2 di sekolahnya dan menjadi ketua kelas kepada 30 rakan-rakannya. Ketika gempa bumi melanda, seluruh bangunan runtuh dan menimpa Lin Hao serta rakan-rakannya. Seluruh kelas berusaha menyelamatkan nyawa masing-masing. Namun sebelum Lin Hao lari dari bencana itu, dia kembali ke runtuhan bangunan kelasnya dan menyelamatkan 2 orang rakannya yang tersangkut di celah-celah runtuhan. Ketika ditanya mengapa dia mahu mempertaruhkan nyawanya untuk 2 orang rakannya, dengan tenang dia menjawab, "Aku adalah ketua kelas dan sudah menjadi tanggungjawabku untuk menyelamatkan mereka".

4. Charlie Simpson, budak 7 tahun yang mengayuh basikal mengelilingi bandar untuk mengumpul sumbangan bagi mangsa gempa bumi di Haiti.

Charlie mengambil inisiatif dengan membuat pesanan ringkas, "Namaku Charlie Simpson, aku sedang berusaha mengadakan kempen berbasikal sambil menderma untuk mangsa di Haiti kerana di sana sedang berlakunya gempa dan banyak orang kehilangan nyawa kerananya. Aku ingin mengumpulkan wang untuk membeli makanan, air, dan khemah bagi seluruh mangsa di Haiti". Charlie berharap dapat mengumpulkan wang sebanyak 500 euro dengan mengayuh basikal sejauh 15 kilometer di sekitar taman-taman di kota. Namun usahanya telah menyentuh hati banyak orang dan berjaya mengumpul 120,000 euro bagi mangsa gempa Haiti. 

5. Nathan Thomson, budak 9 tahun yang menyelamatkan ibunya dari tikaman orang tidak dikenali.

Budak ini tertikam di bahagian wajahnya ketika dia bergelut untuk menyelamatkan ibunya dari seorang yang tidak dikenali. Nathan Thomson melompat ke atas punggung Hugh Clark, seorang penyerang yang mabuk yang ingin menikam ibunya ketika mereka berjalan pulang ke rumah pada waktu malam. Penyerang itu kemudian beralih ke arah Nathan dan menghunuskan pisaunya ke arah Nathan setelah menusuk Ena sebanyak 8 kali. Bertuah kerana 2 beranak in terselamat apabila pihak berkuasa datang membantu dan memberkas penjenayah.

No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...