Wednesday 18 May 2011

Fakta dan Kehidupan di Korea Utara - Siri 1







14 FAKTA MENARIK TENTANG KOREA UTARA
  1. Anda tidak boleh menutup suis radio kerajaan, hanya boleh memperlahankan suara.
  2. Jika berlaku apa-apa bencana seperti kebakaran, rakyat wajib menyelamatkan potret Kim Il Sung dahulu malah ada kubu bawah tanah khas untuk patung-patung pemimpin agung mereka.
  3. Ramai rakyat Korea Utara tidak tahu bahawa manusia telah berjalan di bulan. 
  4. Tiada internet malah telefon bimbit pun di larang sama sekali.
  5. Segala punca masalah di Korea Utara adalah dari Amerika, dakwaan mereka. Ibu-ibu mengajar anak mereka menyanyikan lagu tentang keburukan Amerika.
  6. Dalam seminggu ada 6 hari bekerja dan 1 hari untuk kerja-kerja 'sukarela' ( kira macam paksa ) supaya rakyat tiada masa untuk berehat.
  7. Perkara pertama jika anda melawat ibu negaranya, Pyongyang adalah meletakkan kalungan bunga pada patung pemimpin agung mereka.
  8. Sekitar 0.85% dari populasi rakyat Korea Utara berada dalam penjara.
  9. Kebanyakan pengawal trafik adalah dari wanita sebagai ganti lampu isyarat.  ( jimat elektrik )
  10. Memelihara anjing adalah di larang untuk memastikan kebersihan bandar.
  11. Purata gaji pada 2005 adalah $6 sebulan.
  12. Pelancong di berikan penunjuk jalan khas dan tidak di benarkan bergerak sesuka hati tanpa mereka.
  13. Korea Utara kerap terputus bekalan elektrik dan mempunyai bekalan lilin yang banyak.
  14. Tentera ke 4 terbesar di dunia, dianggarkan mempunyai 1.21juta tentera.

2 comments:

  1. Salah sebuah negara yang penuh misteri...
    aku banyak tertanya2 pasal negara komunis yang
    terpecah dua dari semenanjung korea ni...

    Terima kasih pasal info ni syidi... :)

    ReplyDelete
  2. ada lg tu, itu baru siri 1..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...