Thursday, 19 May 2011

10 Jalan dan Lebuhraya yang Unik di Dunia

1. Jalan Paling Pendek Di Dunia ( Ebenezer Place - Scotland )


Ebenezer Place, in Wick, Caithness, Scotland adalah jalan paling pendek di dunia menurut Guinness Book of Records hanya 2.06m (6' 9"). Hanya ada satu alamat untuk jalan ini: di depan pintu yang tertulis No. 1 Bistro, sebahagian dari Hotel Mackays yang di bina pada 1883. 


2. Jalan Paling Sempit di Dunia ( Spreuerhofstrabe - Jerman )


Spreuerhofstraße adalah jalan paling sempit di dunia, terdapat di bandar Reutlingen, Baden-Württemberg, Jerman. Paling sempit bermula 30 cm dan paling luas 50cm. Jalan ini di bina pada 1727 semasa pembinaan semula selepas kebakaran besar-besaran yang melanda bandar Reutlingen pada 1726.

3. Jalan Paling Curam ( Baldwin Street - New Zealand )


Baldwin Street, terletak di pinggir bandar Dunedin,New Zealand dan ia adalah jalan paling curam di dunia.
Jalan ini panjangnya 350 meter dan nisbah kecuraman pada 1:2.86 yakni setiap 2.86 meter keceruman meningkat sebanyak 1 meter.

4.  Jalan Paling Bengkang Bengkok ( Lombart St - San Francisco )


Hadlaju jalan in adalah 5 batu/jam dan hanya boleh di lalui sehala secara menurun. Jalan ini di bina bertujuan supaya kereta dapat menuruni bukit dengan selamat dan pejalan kaki dapat melalui jalan ini dengan mudah.

5. 'Flyover' paling rumit.( Judge Harry Pregerson Interchange - Los Angeles )

 Memboleh semua kenderaan keluar masuk dalam pelbagai arah antara lebuhraya I-105 dan I-110.  Flyover ini di buka pada 1993. Mempunyai 4 peringkat untuk memudahkan perjalanan keluar masuk ke lebuhraya.


6. Lebuhraya Terpanjang ( Highway 1- Australia )

Australia's Highway 1 adalah jaringan lebuhhraya yang menghubungkan semua negeri di Australia. Panjang keseluruhan sepanjang 14,500 km (9,000 mi) dan ia adalah lebuhraya terpanjang di dunia.Setiap hari sejuta orang melalui lebuhraya ini.


7. Bulatan Jalan Terbesar Di Dunia ( Putrajaya -Malaysia )


Tak ramai orang menyedari bila mereka memandu di Putrajaya terutamanya berdekatan Pejabat Perdana Menteri terdapat satu bulatan jalan yang besar mengelilingi bukit.  Panjang bulatan sepanjang 3.4 km. Jalan tersebut adalah Persiaran Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah. Aku yang selalu pusing-pusing kat sini tak sangka rupanya bulatan terbesar.

8.  Jalan Paling Lebar di Dunia ( 9 de Julio - Argentina )


Mempunyai 9 lorong dan nama jalan tersebut di ambil bersempena kemerdekaan Argentina pada 9 Julai 1816.  Jalan ini mempunyai taman di tengah-tengahnya menjadikan ia jalan paling lebar di dunia.

9. Pejalan Kaki Paling Panjang ( Yonge St - Ontario, Canada )



 Yonge Street, pejalan kaki yang menhubungkan Lake Ontario dan Lake Simcoe dalam negeri Ontario di Kanada yang panjangnya 1,896 km. Boleh tecabut kaki ni..huhuhaha


10 . Bulatan Jalan Paling Pelik di Dunia ( Magic roundabout - Swindon, UK )


Magic Roundabout terletak di  Swindon, England ia di bina pada 1972 dan terdapat 5 bulatan kecil dalam 1 bulatan besar. Ia telah di undi antara 4 jalan yang terngeri di Britain. hmmm aku tengok pun pening jalan ni.


No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...