Monday, 9 May 2011

Cara untuk buat bayi anda ketawa


1. Nyorok-nyorok ( hide and seek )
Ini adalah tindakan paling disukai bayi. Gunakan selimut kegemarannya untuk menyembunyikan wajah anda, lalu terkejutkan ia dengan muncul mendadak  atau cukup gunakan tangan anda. Kejutan ringan akan membuatnya tertawa.

Contoh : weeeeee chak!!! weeeee chak!!! ( kekekekekekeke bayi ketawa )


2. Meniup Perut

 Meniup perut bayi dengan mulut kita menempel padanya akan menimbulkan bunyi-bunyian dan rasa geli yang boleh membuatkan bayi ketawa dan lama-kelamaan bayi itu akan cuba membuat bunyi-bunyian dengan mulutnya sendiri. Selain di perut, boleh juga dilakukan di tapak tangan dan kaki.

Contoh : prrrrr prrrrr prrrrrr prrr ( kekekekekekek bayi ketawa )

3. Pura-pura makan jari tangan dan kaki.

Bayi sangat suka kalau kita berpura-pura cuba memakan jari-jarinya dengan menghisapnya secara main-main. 

Contoh : ngap ngap ngap nyam nyam ( kekekekekekeke bayi ketawa )

4. Bersama Keluarga

Bayi akan berasa lebih senang dan selesa ketika melihat ahli keluarganya walaupun dia masih belum kenal. Tapi awas, jangan bawa ramai-ramai sebab suara orang ramai akan membuatkannya berasa tidak selesa.

Contoh : Tak tau nak buat contoh.

5. Buat memek muka
Buatlah apa saja ekspresi wajah yang pelik-pelik dan kelakar, nanti dia akan ketawa. Ini selalu kita tengok pada mak ayah yang nak memujuk bayinya supaya berhenti menangis. Walaupun rupanya agak memalukan, tapi si bayi amat suka melihatnya dan tentulah dia akan gumbira dan tak nangis lagi.

Contoh : 


6. Tiru Suara Binatang


Suara-suara yang lucu amat disenangi bayi. Cubalah tiru suara binatang macam keldai ke, burung ke, harimau ke,.. Jangankan bayi tu je yang akan ketawa, orang lain yang mendengar pun boleh tergelak.

Contoh : eeeehoookkk eeehhoookkkk ( kekekekekeke bayi ketawa )

7. Kalau semua tip di atas tak menjadi, geletek  je.


Kalau dah payah bebenor nak buatkan bayi tu ketawa atau sekurang-kurangnya tersenyum, apa susah? Gunakan kuasa jari-jemari anda dan geleteklah dia dengan lembut. Selain menceriakan si bayi, menggeletek juga merapatkan ikatan antara kita dengan bayi. Ingat tak, bayi kan suka sentuhan? Kenapa? Kerana sentuhan membuatkan bayi berasa aman berada di sisi orang yang menjaganya. Jangan geletek bayi anda sampai terkencing dan terberak.

Contoh : kuci kuci kuci kuci ( ekekekekekekeke bayi ketawa )





No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...