Tuesday, 10 May 2011

Di sebalik kenaikan harga gula.



Hari ni harga gula di naikkan selaraskan RM0.20 dari RM2.10 kepada RM2.30.

Kali terakhir harga gula di selaraskan pada 4 Disember 2010 juga sebanyak RM0.20.

Dengan penyelarasan ini kerajaan dapat menjana penjimatan sebanyak RM116.60juta.

Kerajaan masih lagi menanggung subsidi gula RM283.4 juta.

Ramai pihak yang berkata memang tak patut kerajaan tanggung begitu banyak subsidi.
Memang benar!
Kita tak perlu subsidi untuk dibohongi.

Rakyat bukan mahu sangat barangan disubsidi supaya dibohongi harga sebenarnya.

Rakyat hanya mahukan barangan murah, sama ada murah disubsidi atau tidak. Itu tidak penting.

Namun, kerajaan mengsubsidi harga supaya harga sebenar dapat dibohongi, setelah nilai kertas ringgit semakin lama, semakin jatuh berbanding nilai komoditi.

Kerajaan tidak perlu mendabik dada, kerana memberikan subsidi untuk membohongi harga sebenar sesuatu barangan yang dikawal.

Rakyat hanya mahu barangan murah berdasarkan pendapatan rakyat.

Mana yang rakyat mahukan?
Harga runcit petrol RM 1.40 tanpa subsidi, atau
harga runcit petrol, RM 1.90, tetapi berbilion subsidi masih ditanggung kerajaan?

Keperluan untuk pengsubsidian berlaku akibat taksubnya "pakar" ekonomi, dengan polisi nilai matawang rendah, kononnya menggalakkan eksport, Namun hasilnya berbilion subsidi terpaksa kebijakan pakar ekonopmi takliq buta dengan teori itu.

Kalau boleh, rakyat mahukan gula RM 1.20 tanpa subsidi
harga minyak RM 1.40 tanpa subsidi.

ini semua boleh dilakukan jika kerajaan beusaha sedikit demi sedikit meningkatkan nilai ringgit (berbanding komoditi) sejak 12 tahun yang lalu.


Bertarikh 10 May 2011.

Kebanyakan gula di Malaysia di import dari Brazil dan Australia yang menggunakan matawang USD sebagai matawang dagang.

Sekarang ni Ringgit dah mengukuh berbanding USD sejak akhir-akhir ni(gambar).Paras tertinggi sejak 13 tahun lalu. Jadi secara logik akalnya pengimport gula di Malaysia dapat membeli gula secara murah dan tentunya tanggungan subsidi kerajaan akan menyusut juga. Bila dah susut, tidak perlu lah menaikkan harga gula. Jadi kemanakah wang itu pergi?.

Pengukuhan matawang Ringgit lazimnya membawa kesan kepada 2 perkara - mengurangkan daya saing industri eksport negara dan mengurangkan inflasi kerana barangan import telah menjadi murah.

Bila dah naik RM0.20, maka RM0.20 itulah inflasi. Entry terdahulu ada sentuh bab inflasi ni.Sini.

Seperkara lagi, kerajaan juga kerap membandingkan harga gula,minyak,susu,tepung yang konon mengatakan masih lagi murah berbanding negara Singapura,Indeonesia,Thailand. Itu semua alasan basi dan bodoh. 

Sekarang ni aku nak tanya, kenapa nak banding dengan negara lain? kan ekonomi setiap negara berbeza. Contoh Singapura harga gula RM3.61 sekilo tapi bila di tukar pada SGD jatuh pada harga SGD1.49. Singapura negara maju berbanding Malaysia negara membangun. Aku bagi contoh lagi, gaji pegawai imigresen Malaysia RM1500 termasuk elaun, gaji pegawai Imigresen Singapura SGD4000 bersamaan RM9692.00.
Ni pun sumber yang di percayai bagitau aku.

Bukan nak hentam kerajaan tapi kena logik la kalau nak buat kenaikan harga pun dan alasan kenaikan tu kadang-kadang mengjengkelkan aku.


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...