Tuesday 10 May 2011

Siapa Monopoli Gula di Malaysia? Jom Tengok


Beralih kepada perniagaan gula di Malaysia pula, saya mendapat maklumat bahawa terdapat 4 kilang penghasilan gula di Malaysia iaitu MSM(Gula Prai) Sdn Bhd, Central Sugar Refinery Sdn Bhd, Gula Padang Terap Bhd dan Gula Felda Perlis Sdn Bhd.
Di antara keempat kilang tersebut, MSM Sdn Bhd yang dikuasai oleh Raja Gula, Robert Kuok menguasai pasaran tempatan lebih 47 % jika dibanding dengan syarikat lain.

Kesemua empat syarikat itu membeli bahan mentah untuk mengeluarkan gula dari Brazil dan Australia. Dalam sesi dialog antara mahasiswa dengan pihak pengurusan syarikat, kami difahamkan bahawa industri gula Malaysia tidak menjalankan perniagaan dalam secara bebas untuk pasaran tempatan.Maknanya, untuk usahawan yang berkeinginan untuk menceburi dalam industri gula adalah tidak dibenarkan sama sekali melainkan mendapat persetujuan daripada keempat syarikat gula yang sedia ada.
Oleh itu, jelaslah bahawa industri gula di Malaysia telah dimonopoli oleh pihak tertentu yang sudah tertentu cukup selesa mengaut keuntungan tanpa persaingan daripada pesaing lain. Saya difahamkan oleh wakil syarikat bahawa kilang-kilang gula Malaysia dikuasai oleh dua individu iaitu Tan Sri Syed Bukhary dan Robert Kuok. Mereka menguasai 3 daripada 4 kilang yang diberi hak pengeluaran gula oleh kerajaan.
Robert Kuok sah jadi Raja Gula dengan bantuan kerajaan bila pada 1968 bila dia tubuh syarikat Perlis Plantation Berhad (PPB) bagi menyahut seruan kerajaan mewujudkan industri gula tempatan.
Syarikat itu dibagi tanah di Perlis dan monopoli untuk import, proses dan edar gula sampai tahun lalu bila Kuok jual sahamnya dalam perniagaan gula kepada Felda Global Ventures, anak syarikat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).
Jika kita imbas masalah kekurangan gula di pasaran pada tahun 2010 adalah disebabkan oleh keengganan kilang untuk memproses bahan mentah gula untuk pasaran tempatan.
Tiga pengilang gula itu lebih mengutamakan pengeluaran bagi tujuan eksport daripada menjual di pasaran tempatan untuk meraih keuntungan tinggi dan mereka menyalahgunakan perolehan gula bahan mentah melalui kontrak jangka panjang (KJP) yang diberikan oleh kerajaan.
Oleh itu, jangan terkejut juga suatu hari nanti pengilang gula ini akan meminta kerajaan untuk menaikkan harga gula sehingga RM5 sekilo dengan pelbagai alasan dalam merealisasikan hasrat mereka untuk kekal meraih keuntungan.

No comments:

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...