Thursday 5 May 2011

(18SG) Gadis Umur 16 Tahun di Bunuh ,di Panggang Dan di Makan.

Seorang remaja dibunuh dan dimakan oleh dua orang pemuda, demikian kata pendakwaraya Rusi. Sebelum dibunuh, Karina ada kemungkinan dirinya diperkosa dulu. Karina Barduchyan, 16 tahun, hilang setelah pulang dari sekolah di St. Petersburg. Polis percaya dia dibunuh dan dikerat-kerat malam itu juga. Bahagian-bahagian tubuh milik gadis tersebut dijumpai dalam beberapa beg plastik yang dibuang di sekitar kota. Sekurang-kurang dua beg plastik di jumpai di dua tempat yang berbeza. Dua pemuda berusia 19 tahun telah ditangkap kerana kejadian biadab ini.


Karina Barduchyan
Karina mengenali suspek Yuri Mozhnov,penjual bunga dan Maxim Golovatskikh penjual daging di pasar. Karina dirayu untuk ke apartmen mereka dimana dia kemudian di benamkan ke dalam tab mandi. "Kedua pemuda tersebut mengatakan bahawa mereka memakan gadis tersebut kerana mereka lapar", demikian kata hakim mahkamah Sergei Kapitonov.

Pembunuh
Kedua pemuda itu membunuh Karina, kemudian memotong-motong bahagiannya untuk dipilih yang mana yang akan dimakan.Kemudian tubuh Karina yang telah di pilih itu dipanggang dengan kentang dan dimakan dengan lahap oleh keduanya tanpa perasaan bersalah. Keduanya sekarang telah ditahan dengan tuduhan membunuh.

Pengetua sekolah St. Petersburg, Andrei Lavrenko, mengatakan bahawa para penyiasat percaya suspek memutuskan untuk membunuh Karina setelah gadis tersebut bertengkar dengan Golovatskikh. Percikan darah ditemui di piap air dan lantai apartmen. Golovatskikh sendiri mempunyai sejarah sakit jiwa dan pernah dirawat di rumah sakit jiwa setempat.


tinggal kaki

p/s : Zaman sekarang ni orang pompuan mudah sangat percaya dengan orang yang baru di kenali, aku harap gadis-gadis di luar sana berhati-hati apatah lagi di ajak bersiar-siar, ke rumah ke, ke taman ke, padahal baru kenal 2 hari. Rambut sama hitam tapi hati manusia terbakar nampak asap tiada siapa pun tahu.


1 comment:

  1. fuhhh. menakutkannn dgn dunia zaman sekarang.
    mudah2an kte terlindungg T__T

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...