Saturday 21 May 2011

Insiden Pelik Haiwan Bab 1 : Kambing

TANDUK TERSANGKUT PADA KABEL


Cuma seekor kambing biasa dan tiba-tiba menjadi ' Rambo' selepas secara tidak sengaja ter'abseiling' ke bawah menuruni bukit apabila tanduknya tersangkut pada kabel elektrik. Kambing malang ini di jumpai 5 meter dari tanah dan ia mengembek sekuat hati meminta pertolongan. Mujur kambing ini tidak terkena renjatan elektrik.



Kejadian ini berlaku di bandar kecil Helgoysund, Norway. Kejadian ini menarik perhatian pelancong dari Jerman dan mereka cuba menurunkan kambing tersebut dan selepas sejam kambing itu dapat di selamatkan tanpa kecederaan. Berkemungkinan kambing ini dari atas bukit cuba menghampiri kawasan ragut di tebingnya dan secara tiba-tiba tanduknya tersangkut pada kabel elektrik. Bila dah tersangkut, kambing tersebut meronta-ronta dan hasilnya --- satu 'abseiling' cukup hebat yang tak tercapai dek akalku dan akalmu juga.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...